Kurang 24 jam sahaja lagi kita
semua bakal mengundi. Sebenarnya KS (dan KS yakin ramai lagi orang lain juga)
sudah merasa sangat meluat dan cemuih dengan cara kempen politik khususnya
politician Melayu dan jentera mereka.
Mana tidaknya, saban hari kita
lihat mereka saling menghina, saling memfitnah, saling memburuk-burukkan antara
satu sama lain ke tahap yang kadang-kadang tak boleh diterima akal yang waras.
Segenap saluran media digunakan
untuk mencaci satu sama lain, sama ada media konvensional atau media baharu.
Akhbar, TV, radio, kain rentang, billboard, media sosial, apa sahaja mereka
gunakan.
Jika kita lihat pesta
hina-menghina ini, seolah-olah tidak ada seorang pun pemimpin Melayu yang
bersih dan layak dipilih. Tak malu ke? Bangsa lain memerhatikan kita. Seluruh
dunia memerhatikan kita.
Kenapa menghina sampai habis
persoalan peribadi diungkit, dicaci, malah direkayasa cerita fitnah? Malah
hingga emak-bapak, atuk, nenek moyang pun turut dilibatkan sama. Inikah politik
matang orang Melayu?
KS ternanti-nanti kupasan dan
ulasan yang lebih cerdik, yang menyentuh tentang apa perancangan untuk
mendapatkan kembali tanah rezab Melayu yang dah hampir separuh hilang, apa
perancangan nak menambahkan bilangan profesional Melayu dalam bidang-bidang
tertentu, apa perancangan nak meningkatkan tahap keselamatan domestik, apa perancangan
nak empower kawasan orang Melayu di Asia Tenggara ini dalam kemelut kuasa besar
China-US, apa perancangan nak tangani masalah kesempitan hidup miskin bandar
dan miskin desa, apa perancangan nak hadapi masalah kenaikan kos rawatan
kesihatan dan kesesakan di hospital kerajaan, dan sebagainya.
Ini yang rakyat mau dengar. Bukan
londeh-melondeh antara satu sama lain. Kita dah nak pilihanraya 14 kali sejak
1955. Nampaknya mentaliti orang politik dan jentera mereka masih di tahap yang
rendah, malah lebih rendah daripada pada tahun 1950an dan 60an yang membahaskan
tentang kemerdekaan dan berkerajaan sendiri.
Sudah-sudahlah berpolitik cara
bodoh ni. Isilah perjuangan kamu dengan hujah mahu mensejahterakan rakyat dan
seisi negara ini.
Bukankah kamu tu khalifatullah?
Comments
Post a Comment