kawan
jika sampai di persimpangan ini
kau terpaksa memilih haluan mu
yang tak lagi seiring dgn ku
maka ku maafkan kau kawan
kawan
jika sampai di titik ini
kau terpaksa
melupakan sumpah setia perjuangan
kita
yg pernah kita laungkan bersama
dulu
maka ku maafkan kau kawan
kerana ku tahu kawan
kau hanya manusia biasa
yg juga ingin makan di restoran
dan coffee house mcm org kenamaan
sambil mkn ditemani jelitawan
kau sudah jelak makan di gerai
tepi jalan
ditemani lalat dan nyamuk
berterbangan
aku tahu kawan
kau hanya manusia biasa
yg juga ingin memiliki dan
menaiki
Mercedes, Bentley dan Jaguar
kau sudah jelak naik kereta tua
yg menggegarkan tulang dan
anggota
serta meletihkan dari kaki sampai
kepala
aku sedar kawan
kau hanya manusia biasa
jika kau memilih jalan lain
tidak lagi spt yg kita janjikan
kau hanyalah seorang insan
yg punya nafsu dan punya
keinginan
aku faham kawan
kau telah menjual pendirianmu
dengan diskaun harga yg istimewa
demi membeli sebidang kemewahan
kau bukan malaikat
kau sudah jemu melarat...
Comments
Post a Comment