PRU ke-14 merupakan pilihan raya paling
epik pada abad ini. Pelbagai sejarah telah dicipta.
Namun ia merupakan sejarah hitam buat
SPRM. Belum pernah dalam sejarah 50 tahun penubuhannya, agensi itu dipertikai
dan ditegur secara terbuka oleh seorang perdana menteri menerusi sidang
medianya.
Apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri
ke-7, Tun Dr Mahathir itu merupakan tamparan paling hebat buat SPRM, kerana ia
seolah-olah agensi itu diletakkan di bawah tapak kasut yang mempunyai taik
kucing.
Bayangkanlah, SPRM dikatakan tidak
mempedulikan kegiatan rasuah yang berlaku secara berleluasa sepanjang pilihan
raya.
Ini termasuk juga isu kegagalan Sabah
untuk membentuk kerajaan baru hingga memperlihatkan beberapa YB baru melompat
atau beralih arah dari pendirian parti.
Tun M juga tidak menolak kemungkinan
SPRM akan diteliti semula fungsi dan peranannya dalam membanteras rasuah.
Adakah kita hendak menunding jari ke
arah negarawan berusia 93 tahun ini kerana mengeluarkan kenyataan tersebut?
Sudah tentu tidak.
Dalang dan petualang yang menjadi ibu
kepada segala kemungkaran dalam SPRM tidak lain tidak bukan ialah KP SPRM
sendiri, TS Dzulkifli.
Bukan baru sekarang, apa yang disuarakan
oleh Tun M diperkatakan oleh rakyat.
KS sendiri secara konsisten menolak
pelbagai tindakan TS Dzul yang merosakkan SPRM sejak bahalol ini dilantik.
Rakyat mahupun Tun M bukan benci atau
berdendam dengan SPRM, namun perbuatan aneh SPRM pimpinan TS Dzul yang
membangkitkan kemarahan orang ramai itu.
Hanya kerana ketamakan pada kuasa dan
harta serta demi menjaga tembolok penyangak nombor 1 negara, KP SPRM ini
sanggup memusnahkan SPRM.
Sudah banyak kali didesak supaya insaf
dan perbetulkan keadaan, tapi kebongkakkan mengatasi segalanya..jadi kini
terimalah akibatnya..
Maka bila keranda diusung keluar, maka
ketika itulah air mata bercucuran...
SELAMAT JALAN TS DZUL AND THE HOBBIT!!!...
Comments
Post a Comment