Sudah pagi tak dapat lelap lagi.. Bukan apa seronok melihat kelompok ghairah selama ini mula
tertunduk, termenung melihat segala yang dikumpul bakal di usik. Yang gangster
selama ini pula mula tunjukkan rendah diri. Terbayang nasibnya akibat kesan
daripada khalimah-khalimah sundal yang pernah keluar dari mulut. Segala kerKSsan
selama ini, kesombongan selama ini di ajar oleh rakyat. Buat pertama kalinya di
dalam Sejarah Malaysia. UMNO digulingkan! Dan Perdana Menteri Malaysia pertama
yang di tumpaskan.
Si totok yang sebelum ini begitu
langsi mewarning Tun Mahathir mula hilang arah. Tak sangka segah-gah BN
akhirnya tumbang oleh si Tua nyanyuk yang digelar mereka. Mana gunting yang
menggunting gambar Tun Mahathir? Mana tangan yang menghilangkan segala
pembinaan Tun Mahathir? Mana idea yang cuba menghilangkan Tun Mahathir dari
mata anak-anak muda?
Dato Seri Jamal entah hilang
kemana. Esoknya kita yakin dia akan jadi barua yang cuba menukar angin.
Tiba-tiba akan buat U-turn dan buat pengKSan kononnya dia cuma menjalankan
tugas yang di bayar dulu di zaman rejim Barisan Nasional. Ini rencah biasa
dalam dunia politik bagi si rKSs. Alah macam Si Mat Taib tu lah PRU lepas. Dia
rasa pembangkang menang, dia punya uturn terus pakai kopiah. Macam celaka.
Lepas tu uturn balik masuk UMNO sebab tak dapat nak cari makan.
KS tahu, kau semua mesti
terbayang pula nasib TV3. Yang selama ini selesa memfitnah siapa sahaja yang
melawan kerajaan. Apa agaknya nasib TV3 kan? Di maafkan atau dibungkuskan ganti
dengan TV 4. Atau TV3 ni diorang jadikan satu cenel Maharaja lawak baru ke kan.
Peguam Negara yang baru apa
khabar? Rasa nak buat kenyataan tak yang kes 1MDB? SRC International?
Speaker Parlimen sihat? Pergi
ambil kertas A4 tu kejap. Karang ayat-ayat yang bakal kau gunakan untuk buat
Uturn.
Apa nasib semua yang terlibat
dengan 1MDB? SRC International?
Sengih ke atau buat-buat pergi
masjid dan solat?
Yang selesa akhirnya belajar
untuk rasa Resah. Mula teringat Masjid. Semuanya atas keangkuhan yang
melampau-lampau. Merasakan duit boleh beli segalanya. Dan terlalu selesa merasa
besar tanpa siapa boleh gugat. Tak boleh gugat ke? Konfem menang? Ni
kebangkitan rakyat ajar satu pembelajaran baru. Belajar untuk melihat segala
kesombongan, kelangsian dan segala kepala bana perembatan duit rakyat yang
melampaui batas yang pernah kalian buat dulu.
Kali ni Si Tua Nyanyuk ini datang
kembali. Di posisi lama yang dia pernah sandang. Untuk ajar semua anak murid
yang tak tahu kenang budi.
"Oh, masa jadi Perdana
Menteri dulu bukan main cute kau orang seko-seko. negarawan lah, Perdana
Menteri terbaik Malaysia lah. Bila Si Tua tu dah letak jawatan, kau sumpah
seranah, siap ugut nak tumbuk lah nak ludah lah, nyanyuk lah. Esok KS nak
tengok keangkuhan kau semua ni masih steady atau tak.. nak tengok juga
kenyanyukan Si Tua ni betul ke tak.."
Apa macam? Untuk Cybertroopers
UMNO yang suka bogelkan orang tu. Kau dah ready nak kena bogel balik pakai
legal? Standby. Tak payah nak acah-acah up status redha lah dah tersedar lah.
Semua tu tak laku. Ini kali waktu kita selongkar kaw-kaw punya korupsi.
Takutkan nak kena terajang? Rimas
kan nak kena cabul?
Selamat Datang Si Tua 93 tahun!
Satu-satunya pemimpin di Malaysia yang tak pernah kalah di Pilihan Raya. Depa
pandang senget sangat dengan aura Bapa Permodenan. Kan dah terkena sumpahan
jadi senget. Semoga kalian semua belajar dari kesilapan yang gila babi.
PRU lepas rakyat dah warning, kau
buat bangang. Sibuk layan selesa dengan hiburan kau. Tak belajar kisah tamadun
dulu yang tumbang ke? Semua dek hidup yang terlalu selesa.
KS : Apapun, sedikit terkesan
bila Menteri Terbaik Barisan Nasional, Tokmat Nismilan pun terpaksa melepaskan
jawatan dek terkena tempias kebencian rakyat pada Pimpinan Tertinggi Barisan
Nasional. Jangan tak tahu, Tokmat antara yang terbaik dalam membela nasib
rakyat Nismilan. Standby kau tengok geng UMNO bedal Najib Razak lepas ni.
Pahlawan yang akhirnya di kalahkan. Untuk Najib Razak, cuba sebut lagi sekali
ayat ni.. "Kepala bapak kau"
macam dalam ceramah hari tu.
Comments
Post a Comment