Beikut adalah tulisan asal Tamrin Tun Ghafar. Bacalah untuk menambah
ilmu…
PRU 14 - SPRM JANGAN CUBA
MENGAMBIL KESEMPATAN
1. Walaupun Kerajaan menafikan
bahawa apa yang dilakukan oleh Surahanjaya Pilihan Raya ( SPR ) tidak ada kena
mengena dengannya tapi rakyat tidaklah semudah itu boleh diyakini.
2. SPR yang dipengerusikan oleh
Hashim Abdullah, dengan sokongan Ahli - Ahli Parlimen BN pada Sidang Dewan yang
baru lepas telah berjaya melakukan Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya.
3. Bagi UMNO/ BN proses
Persempadanan ini amat penting kerana percaya ia boleh membantu kemenangan
mereka.
4. Tak cukup dengan itu , SPR
juga atas "nasihat" Kerajaan telah memutuskan Pengundian akan
berlangsung hari Rabu 09/05/18 iaitu jatuh pada hari bekerja.
5. Umum faham tujuan diadakan
Pengundian pada hari bekerja tersebut ialah bagi mengurangkan peratus yang
keluar mengundi.
6. Atas ugutan Kerajaan Selangor
dan Pulau Pinang hendak mengumumkan cuti umum pada Hari Pengundian tersebut
bagi membolehkan lebih ramai akan berpeluang mengundi, Kerajaan Pusat akhirnya
TERPAKSA MENGALAH dengan mengisytiharkan cuti umum bagi seluruh negara pada
hari tersebut.
7. Difahamkan Pakatan Harapan,
jika menang , telah bersetuju untuk mengisytiharkan cuti umum dua hari berturut
turut ekoran cuti umum pada Hari Pengundian Rabu 09/05 , bermula hari Khamis
10/05 dan Jumaat 11/05.
8. Jika ini berlaku , ia bermakna
cuti umum akan berlaku selama lima hari bermula Rabu hingga Ahad 13/05.
9. Adalah difahamkan cadangan Dr.
Dzulkefly Ahmad , Pengarah Strategi Parti Amanah Negara ( PAN ) ini telah pun
dipersetujui pemimpin - pemimpin dalam Pakatan Harapan.
10. Adalah difahamkan juga
cadangan baik ini mempunyai tujuan yang harus diberi sambutan :
a ) lebih ramai akan berpeluang
menggambil bahagian mengundi di pilihanraya yang bersejarah ini.
b ) secara tak langsung ia akan
memberi peluang kepada ahli keluarga bertemu dan berehat sesama sendiri dengan
lebih selesa.
c ) jika Pakatan Harapan yang
bertanding menggunakan logo PKR berjaya menggambil alih tampuk pemerintahan
negara selepas sekian lama dikuasai Perikatan dan kini BN , PH mahu rakyat
menyambut kemenangan ini kelak seperti mereka telah berjaya mendapat Kemerdekaan
yang sebenarnya.
11. Seolah - olah tidak cukup
dengan tindakan SPR itu , Pendaftar Pertubuhan ( ROS ) pula memberi pukulan
dengan membatalkan sementara waktu pendaftaran Parti Bersatu yang di kepalai
oleh Tun Mahathir dan pada masa yang sama tidak membenarkan penggunaan nama
Pakatan Harapan ( PH ).
12. Tindakan - tindakan kedua -
dua Agensi Kerajaan tersebut yang sepatutnya beramanah dan berkecuali dianggap
keterlaluan dan bodoh.
13. Kini giliran Dzulkifli Ahmad
, KP SPRM pula menunjukkan sikap bodoh sombongnya yang tak boleh diajar.
14. " JANGAN SIBUK NAK JAGA
TEPI KAIN ORANG”; tampallah dahulu kain anda yang sudah koyak rabak sebelum
mahu membetulkan kain orang lain.
15. Itulah komen umum apabila
diminta pandangan berhubung kenyataan Dzulkifli kononnya hanya UMNO / BN sahaja
yang telah menghantar senarai
mereka yang dipilih menjadi calon ke SPRM bagi tujuan semakan sama ada mereka
bebas dari amalan rasuah dan menyeleweng kuasa atau sebaliknya.
16. Tambah mereka lagi , jika
SPRM itu sendiri tidak dicemari oleh seorang KP yang penuh dengan najis seperti
kerbau membawa lumpur, berkemungkinan besar tidak kurang dari 70% mereka yang
dicalonkan bertanding semula pasti gagal atau tidak layak.
17. Yang sebenarnya TIDAK ada
sebarang undang - undang pun di mana senarai calon harus diperiksa dan
diluluskan oleh SPRM terlebih dahulu.
18. Umum hairan bagaimana
pemimpin - pemimpin UMNO /BN boleh dengan senang diperbodohkan oleh Dzulkifli
ini.
19. Apakah jiwa Mat Maslan telah
meresapi pemikiran mereka ? Wallahhualam !!
20. Atau berkemungkinan mereka
juga berada dalam situasi di mana mereka terpaksa ikut sahaja kerenah KP SPRM
ini seperti kerbau yang dicucuk hidung.
21. Itulah agaknya mengapa
kesemua kes beliau ditutup dengan begitu mudah tanpa Kerajaan memberi sebab -
sebab yang kukuh ( solid ).
22. Apa pun tindakan ketiga -
tiga agensi tersebut , ia pasti mengkukuhkan keberanian lebih ramai pengundi
yang akan melaksanakan kuasa mereka pada Rabu 09/05/18 nanti.
23. Bak kata seorang Senator
Amerika , " YANG PATUT DIPERSALAHKAN IALAH PENGUNDI YANG MEMILIH PENYANGAK
MENJADI PEMIMPIN MEREKA”.
24. Selamat Melaksanakan Tanggong
Jawab Mengundi Pada Rabu 09/05 /18 ini.
25. KELUARLAH BERAMAI - RAMAI
KERANA SETIAP UNDI ITU PENTING UNTUK MASA DEPAN NEGARA DAN JUGA KITA SEBAGAI
RAKYAT.
KS: JIKA BENAR BAGAI DIKATA, MAKA MASIH BELUM TERLAMBAT BERSIHKAN SPRM!!! JADILAH LEBAH!!!, JANGAN
JADI LALAT!!!
Comments
Post a Comment