SPRM DIUGUT DENGAN PELURU HIDUP TAPI SEDANG…!!!


Terkejut KS apabila membaca berita dua pegawai kanan SPRM berstatus JUSA C menerima ugutan dengan peluru hidup.

KS harap  SPRM tidak akan tunduk kepada ugutan sedemikian dan akan terus melaksanakan tugas yang diamanahkan tanpa rasa gentar.

Tapi dalam kerisauan ini, agak sedih apabila terdapat komen-komen rakyat yang sinis terhadap isu ini malah ada yang hilang keyakinan terhadap SPRM.



Bukankah ini satu lagi tamparan hebat buat SPRM.

SPRM tidak semena-mena mula mahu diseret secara perlahan-lahan untuk terlibat dalam 'polemik moral'.

Kerana setitik noktah hitam dikain putih, satu agensi disumpah seranah, sedangkan apa yang berlaku bukan salah agensi itu tapi kerana tindakan individu.

Wajarkah kita???


Apapun kepada SPRM, teruskanlah perjuangan untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa. 

Buktikan dan kembalikan keyakinan pada rakyat walaupun ianya sukar.

Comments