PILIHANRAYA...PILIHAN KU...



Mungkin dlm masa satu bulan lagi kita akan menghadapi pilihanraya umum ke14. Semakin hampir dgn hari pembuangan undi semakin panas bahangnya.

Dlm keterujaan nak memilih calon dan parti yg kita sokong, kita perlu berfikiran rasional. Jangan terlalu taksub kpd parti hingga kita berpecah sesama bangsa dan bermusuh sesama agama.

Ideologi politik boleh berbeza tapi ingat kita bersaudara dlm agama dan bangsa. Jangan sampai perbezaan fahaman politik ini menjadikan kita bermusuh sesama sendiri hingga sanggup menyakiti malah mencederakan sesama saudara.

Apakah pernah terjadi pembunuhan yg dikaitkan dgn politik di negara ini? Bagi yg belum tahu, jawapannya ya, pernah.

Silalah baca tentang peristiwa pembunuhan Allahyarham Abdul Samad Gul di Kelantan pada tahun 60an dan peristiwa pembunuhan Allahyarham Osman bin Talib di Lubuk Merbau, Kedah sekitar pertengahan tahun 80an di Kedah.

Dua kes ini disifatkan sebagai pembunuhan berkaitan ekstrimisme politik.

Anehnya yg berpolitik hingga berpecah, bergaduh dan berbunuh ini adalah orang Melayu, bangsa kita yg beragama Islam ini.

Jadi sempena pilihanraya ke14 ini ayuhlah kita hayati demokrasi secara lebih matang.

Jangan Rasuah…

Jangan ulangi kesilapan lampau...

Comments