Pas akhirnya mengakui parti itu
ada menerima dana sebanyak RM2.5 juta sebagaimana yang didedahkan oleh Ahli
Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar sebelum ini.
Dengan pengakuan itu bermakna
Mahfuz tidak berbohong atau membuat fitnah berhubung dakwaan wujudnya dana
meragukan yang diterima oleh Pas.
Sebanyak RM1.5 juta dana
dikatakan dimasukkan ke dalam akaun Pas Pusat, manakala RM1 juta lagi ke akaun
yang dimiliki oleh tiga pemimpin Pas Terengganu.
AJK Pas Pusat, Dr. Zuhdi Marzuki
ketika mengakui mengenai wang tersebut bagaimanapun berkata, ia adalah derma
individu tertentu kepada Pas.
Katanya, dana itu bukannya datang
daripada UMNO.
Oleh kerana Dr Zuhdi sudah
mengakui wang RM2.5 juta itu merupakan suatu derma, satu alasan yang sama
digunakan seperti seorang individu suatu ketika dahulu mengakui ada wang
RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya, orangramai kini tentunya ingin
tahu siapakah individu pemberi derma tersebu?
Adakah beliau itu seorang yang
kaya dan ternama, ada perniagaan besar dan mempunyai banyak wang dalam akaunnya
sendiri?
Oleh kerana Dr Zuhdi mengatakan
wang tersebut adalah derma individu dan tiada kaitan dengan UMNO, pendedahan
siapa individu berkenaan tentu saja sangat penting, bukan saja kepada
orangramai, malah juga buat Pas sendiri.
Setidak-tidak kita ingin tahu
penderma itu bukan ahli UMNO, bukan kroni UMNO dan bukan juga bekerja dengan
mana-mana pemimpin UMNO.
Jika tiada apa yang mahu
disembunyikan dan Pas juga benar-benar ikhlas, telus serta tulus, Pas
seharusnya tiada masalah untuk mendedahkannya.
Pernahkah Pas selama ini menerima
derma dalam jumlah sebanyak itu daripada mana-mana individu?
Jika selama ini Pas banyak
bergantung kepada derma ahli-ahlinya melalui kutipan tin milo, mengapakah sejak
berbaik dengan UMNO ini Pas tiba-tiba mendapat derma individu dalam jumlah yang
besar?
Tindakan Pas terus berteka-teki
dengan sekadar mengatakan ia derma, tetapi tidak berani mendedahkan butiran
lengkap pendermanya, semuanya ini hanya menjadikan Pas sama seperti Najib saja
kelakuan dan perangainya.
Atau adakah Pas sendiri belajar
daripada MO1 berhubung penggunaan alasan derma itu?
Apa komen SPRM???
Comments
Post a Comment