Adakah rasuah satu wabak? Jika
benar bagaimana kita hendak atasinya?
Bagi KS wabak rasuah hanya boleh
diubati melalui keinsafan diri sendiri.
Memang tidak ada ubat dalam dunia
perubatan bagi mengubati rasuah seperti penyakit-penyakit lain.
Ambillah langkah-langkah
pencegahan kerana mencegah itu lebih baik daripada berubat.
Kenalilah punca yang boleh
membawa seseorang itu terlibat dengan gejala rasuah.
Kadang-kadang puncanya datang
tanpa disedari sehingga akhirnya boleh membawa kepada salah guna kuasa atau
melanggar peraturan yang ditetapkan.
Contohnya, jemputan ke karaoke.
Memenuhi undangan mungkin boleh diterima tetapi lanjutan pertemuan itu, mungkin
merebak kepada agenda lain yang mendorong pelaku `mencuri’ hak orang lain.
Berhati-hatilah dengan niat pihak
yang mengundang supaya akhirnya kita tidak terperangkap.
Rasuah boleh dibendung sekiranya,
pemberi turut menginsafi bahawa tindak tanduk mereka memberi suapan menyebabkan
gejala itu berterusan. Kata orang, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
Pemberi dan penerima perlu sama-sama insaf.
KS percaya dalam sesetengah kes,
ia hanya dengan niat untuk menolong atau membantu tetapi lama kelamaan
terpesong kepada rasuah.
Amat penting bagi setiap orang
tanpa mengira kedudukan atau pangkat menjaga etika ketika bertugas serta
membendung hawa nafsu untuk hidup mewah dan bergaya.
Jangan jual beli kesetiaan dan kejujuran
semasa menjalankan tugas.
Comments
Post a Comment