BEKAS PENGARAH KANAN SPRM TIDAK MAHU BERSUBAHAT DENGAN BOS PENIPU...BONGKAR ISU DERMA RM 2.6 BILION & SRC INTERNATIONAL???



Dalam keghairahan PRU-14 yang telah memuncak sejak pembubaran Parlimen pada 7  April lalu, semakin meriah pendedahan kepincangan kerajaan dilakukan oleh pelbagai pihak berkepentingan.

Salah satu yang menarik perhatian KS ialah ceramah yang disampaikan oleh Bekas Pengarah Kanan SPRM di sebuah negeri di Pantai Timur baru-baru ini.

Bekas Pengarah Kanan SPRM yang bergelar Datuk dikatakan telah menjadi penceramah jemputan khas anjuran Pakatan Harapan.

KS tidak mahu mengulas panjang mengenai kekecewaan Bekas Pengarah Kanan SPRM terbabit terhadap siasatan 'kes mega' derma RM2.6 bilion dan SRC International yang disiasat SPRM sehingga beliau mengambil keputusan bersara awal.

Apa yang pasti,  Bekas Pengarah Kanan SPRM tersebut menyatakan dia tidak mahu bersengkongkol dengan bos penipu.

Dari apa yang dilontarkan oleh Bekas Pengarah Kanan SPRM itu, siapa yang dimaksudkan dengan Bos penipu itu??? Tidak perlulah KS nyatakan siapa Bos penipu itu…sendiri mau ingatlah…

Ternyatalah Bos penipu ini merupakan liabiliti SPRM.  Disebab tindakan dan perangai buruknya, SPRM diheret ke kancah permainan politik.

Permainan PRU-14 ini belum lagi sampai ke separuh akhir, tapi nama SPRM telah dijaja sebagai agensi tidak bermaruah. Amat malang dan perit sekali untuk menerima kenyataan ini.

Malah, isu rasuah menerusi manifesto dan 1001 janji yang mempengaruhi undi oleh orang politik telah dibangkitkan,  tapi masih gagal dijawap atau diperjelaskan oleh Bos penipu.

Apa yang Bos penipu banggakan sangat dengan tapisan calon PRU BN? Bukan BN ambik port pun pasal calon yang telah ditapis?

Kita lihat,  jika TS Isa Samad masih dicalonkan maka itu tamparan hebat buat SPRM.

Cukup-cukuplah ketahuilah SPRM sedang dicaci maki oleh rakyat!!!

Comments