Calon-calon parti politik yang
akan bertanding dalam PRU-14 perlu diteliti dari segi integriti. Langkah ini
perlu bagi memastikan calon-calon yang akan bertanding nanti benar-benar bersih,
seumpama baju putih lepas direndam dalam Clorox.
Bukan setakat segi integriti atau
bahasa mudahnya, bebas daripada amalan rasuah tetapi juga memastikan calon
benar-benar fit dan tak ada penyakit kaki projek. Takut nanti baru lepas PRU
kena buat PRK pulak sebab bersusun berbaju oren diheret ke mahkamah.
KS benar-benar berharap
penelitian ini tidak hanya dikenakan terhadap calon-calon baru tetapi juga
calon lama atau yang nak pertahankan kerusi. KS harap mereka berani untuk
meneliti keintegritian para penyandang.
Tapi kebanyakan calon yang
bertanding biasanya "bebas" daripada amalan rasuah, tapi bila dah
menang mulalah rambang mata apabila ada tauke-tauke yang menawarkan itu ini,
semata-mata nak dapatkan projek.
Pada masa itulah mereka mula
pasang angan-angan. Yelah, mana tahu kalau setakat sepenggal jadi wakil rakyat,
penggal depan belum tentu kan? Jadi sementara jadi wakil rakyat ni, pulunlah
habis-habis. Bina kekayaan untuk masa depan anak cucu. Dah hilang kerusi nanti
habuk pun tarak.
Ada juga calon-calon yang
awal-awal dah dapat "penajaan" orang-orang tertentu atau orang kata
"dana politik". Yelah, nak bertanding kena ada modal.
KS diberitahu kalau nak jadi
calon ADUN pun perlu sekurang-kurangnya RM100,000 hingga RM200,000. Itu baru
ADUN, kalau Parlimen khabarnya boleh mencecah RM1 juta. Hah, mana nak cari
modal sebesar tu kalau tak ada penaja.
Dan penaja-penaja ini bukan
suka-suka beri tajaan sebab nak elak cukai, tapi mereka taja calon untuk
kenakan cukai kalau menang.
Bila calon yang ditaja menang,
jangan lupa projek-projek tak kira kecik atau besar kenalah serah kepada pihak
yang menaja calon. Bak kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa... dah kasi
sponsor tak faham-faham lagi ke???
Itu baru yang sepenggal jadi
wakil rakyat. Bayangkan mereka yang entah berapa penggal jadi wakil rakyat, dan
yang jadi menteri jangan ceritalah. Dah tentu lebih banyak "penaja"
diperlukan. Tak gitu?
Boleh dikatakan 99% calon PRU
menggunakan penaja untuk bertanding dalam PRU.
Adalah sorang dua yang guna duit
sendiri untuk bertanding, tapi sebahagian besar calon dari semua parti yang
bertanding menggunakan dana politik tajaan untuk bertanding.
Jadi kalau mereka menang, maka
para penaja ini sudah tentu mahukan pulangan mereka. Maka terjadilah pemberian
projek itu dan ini kepada pihak-pihak tertentu.
Jadi, tak usah beranganlah kata
kalau rasuah dianggap sebagai sebahagian daripada cara hidup, maka tidak
mungkin ia boleh dihapuskan.
Comments
Post a Comment