Bolehkah UMNO menangkis serangan
dari batang tubuh UMNO sendiri.
Akhirnya begitulah yang berlaku.
Bila pemimpin tidak tahu menguruskan ‘krisis’ dan ‘damage control’.
Hari ini Rafidah Aziz menulis
surat terbuka soal tanah milik ATM diswastakan kepada syarikat tanpa tender
terbuka. Itu kisah 10 tahun dahulu dan sudah terlepas dari edah OSA untuk
didedahkan.
Ini satu pendedahkan yang
menyebabkan para pengundi berfikir dua kali mengundi BN.
Kenapa perkara ini boleh berlaku?
Kerana perkara kecil dianggap macam sampah. KS selalu ingatkan, ‘jangan ingat
semua perkara sampah, jika sampah masuk mata, baru terasa sakitnya’.
Kini sampah sudah masuk mata. Di
zaman KS sejauh mana isu yang berlaku, kecil dan besar. Para pemimpin akan
ambil tahu dan akan panggil untuk diselesaikan perkara berbangkit.
KS pernah melalui zaman Tun Razak
Hussein, beliau panggil KS untuk mendengar masalah kenapa berlaku saman
menyaman antara KS dan Sharif Ahmad masa itu Timbalan Menteri di Kementerian
Penerangan. Dengan campur tangannnya, kami berdua berdamai, dan perkara
selesai.
Sepatutnya jika ada ego di
Pembesar UMNO dengan Rafidah Aziz, buatlah macam Dr Mahathir Mohamad, minta
SetPol atau Setiausaha Agung UMNO pergi berjumpa dengan mereka yang
menyerangnya.
Maka jika pembesar UMNO simpan
SetPol yang hanya membesar tompoloknya dan menyimpan askar siber K9 menyondol
macam babi hutan. Inilah hasilnya.
Serangan berterusan dari luar dan
dalam UMNO.
Ayuh!!! Selamatkan UMNO.
Comments
Post a Comment