KENCANG ANGIN MENERPANYA...


Sudah lama tak berjumpa ,rindu rasa hati inginku bertemu denganmu... Biarpun hati ini menyatakan benci namun hakikat kau masihku sayang... Sayang lagi ke?

Semakin tinggi pohon, maka akan semakin kencang angin menerpanya...

Semakin tinggi nilai seseorang maka semakin besar hal yang akan menjatuhkannya...


Jihad memerangi penyelewengan, salah guna kuasa dan ketirisan itulah tekad KS sejak dulu, kini dan selamanya...walaupun di dalam musim2 MCO ini.

Bersatu, Beramanah, Bermaruah...macam tagline parti pulak yeah... apa juga cabaran dan dugaan akan ditempuh dengan tabah.

Namun begitu, perjalanan masih panjang, impian membanteras rasuah habis-habisan yang dianggap kini sudah berada di tahap kronik.

Tindakan drastik dan kejutan demi kejutan yang dilakukan oleh SPRM sejak kebelakangan ini melalui penangkapan dan penahanan pemimpin politik kaki rasuah bagaikan memberi harapan baharu kepada rakyat yang bencikan rasuah. Mana taknya dari hilang RM250K tetiba jumpa RM400K?

Satu demi satu tangkapan yang dilakukan oleh SPRM sejak kebelakangan ini, kita akan berasa gerun melihat bagaimana rasuah bagaikan virus yang sukar dihapuskan.

Sedih, sadis dan menyedihkan malah pelik apabila si pelaku rasuah itu pula dibela...

Lagi sadis bila  SPRM pula yang dituduh menjalankan siasatan pra-matang, terpilih dan bermotifkan politik semata-mata malah ada mengatakan SPRM ‘U-Turn’.

Semalam terhibur KS dengan PC Nurul Hidayah, pegawai Syed Saddiq yang dikatakan telah dikasari dan diherdik oleh SPRM.

Pelbagai komen jelik dan sinikal yang dibuat oleh segelintir natizen tentang SPRM. Banyak juga yang mengutuk suruhanjaya itu walaupun tidak mengetahui kesahihan kenyataan itu dan tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Logiknya apa yang didakwa oleh Nurul Hidayah hanyalah berniat jahat dan mewujudkan presepsi negatif terhadap SPRM.

Apa yang dibimbangi tomahan itu tular semula di media sosial yang boleh mengelirukan orang ramai.

Bagi golongan yang suka memburuk-burukkan suruhanjaya itu, mereka akan tetap mencari peluang meneruskan agenda itu tidak kiralah SPRM memberi penjelasan berjuta-juta kali.

Apa sahaja motif penyebaran berita palsu tersebut tidak diketahui, namun perbuatan itu berjaya mempengaruhi minda segelintir masyarakat sehingga sanggup berprasangka negatif terhadap SPRM.

Adakah memadai dengan upahan dunia dengan memburuk-burukan SPRM?

Terlupakah dengan balasan Allah di akhirat, mereka menjamah upah fitnah sebanyak mungkin dan berasa bahagia kerana dapat menikmati segala kesenangan melalui satu sumber pendapatan yang cukup menjijikkan.

Ketahuilah, pertuduhan sudah pun dibuat, jadi adakah segelintir masyarakat masih mahu menuduh macam-macam kepada SPRM lebih-lebih lagi kononnya tiada kes...Dan kes diada-adakan???

Mungkin Nurul Hidayah lupa, Rakaman soal siasat SPRM di Bilik Video Interview Room' (VIR) dan rakaman tersebut akan digunakan sebagai dokumen yang akan dikemukakan di mahkamah sekiranya perlu.

Nurul Hidayah juga perlu tahu VIR, satu bentuk kepakaran yang dibawa dari Hong Kong, mula digunakan SPRM sejak awal tahun 2012 lagi oleh suruhanjaya itu bagi meningkatkan ketelusan dalam prosedur siasatan, sekaligus antara langkah mengelak kejadian kematian saksi 'secara misteri' selepas dipanggil untuk memberi keterangan.


Nurul Hidayah tahu tak VIR merupakan satu bilik yang mempunyai satu meja dan boleh dilihat dari luar dan tak perlulah sampai lima ke enam orang pegawai SPRM dalam Bilik VIR itu. Dalam VIR itu ada kerusi tak perlulah Nurul Hidayah berdiri dengan sebelah kaki rasanya.

Apa yang KS nyatakan bukan hendak menjilat... Sebagai rakyat yang prihatin, kita perlu menghargai usaha SPRM yang bekerja keras membanteras gejala rasuah.

Janganlah mudah terpengaruh dengan laporan berita palsu atau khabar angin di media sosial sebaliknya luangkan sedikit masa untuk mencari maklumat-maklumat yang sahih.

Salam dondang sayang kembali.

Comments