KOMANDO GERAK KHAS (GGK) VS KOMANDO KEDAI KOPI (KKK)



Kali ini  kita buat sesi curahan hati, KS gagahkan juga untuk menaip.

Kisah viral Pegawai Komando tumbuk anggota pengawal.

Kalau nak ikutkan, pada pendapat KS, isu ini adalah kecik aje dan lebih bersifat 'in house'.  Macam 'storms in the cup of coffee'. Tapi disebabkan ia dah terlepas keluar, maka ramailah pejuang hak asasi yang menyuarakan pendapat  dan tidak berpuas hati.

Mereka menganggap ia merupakan satu tindakan keterlaluan dan sebagainya. Kita tidak boleh salahkan mereka yang bersuara atas dasar perikemanusiaan, hak asasi dan sebagainya.

Itu pendapat dan pandangan mereka, tak perlu nak pertikaikan dan tidak mengatakan mereka salah sebab berlainan dengan pandangan dan pendapat.

Secara ringkasnya, KS dimaklumkan Pegawai Komando yang berpangkat Kolonel yang disensasikan tu HE JUST A DAMN BLOODY GOOD OFFICER. Berkarisma dan mempunyai ethos dan jati diri Pegawai Komando yang sebenarnya. Dia bukan jenis "apple polisher",  kalau dalam soal kerja, dia memang tegas dan penuh komited tetapi dalam masa yang sama diluar sana, he is a nice gentleman.

Pada pendapat KS, Komando perlukan 100 lagi pegawai macam Kolonel tersebut.

KS hanya tersenyum  bila melihat clips yang diwar-warkan itu, pada pendapat peribadi KS dan dari pengalaman, kalau setakat penumbuk macam gitu, kena pada masa zaman dulu, senyum saja. Tapi disini tak payahlah kita sensasikan lagi peristiwa itu. Bagi Den 'on the spot punishment' macam gitu not an issue at all. Tapi perkara itu menjadi sensasi dan menggemparkan seluruh Malaya.

Sedihnya ada pula yang nak persoalkan SOP dan pelbagai lagi. Kalau nak ikut hati KS memang tak terlawan dengan hujah-hujah, para "Subject Matters Experts -  SME kat FB tu.

Tak cukup dengan SOP, depa mintak dalil dan nas lagi...Situasi yang menjadi lebih buruk bila, ada geng-geng veteran yang menukuk nambah lagi...dan dah sampai Menhan pun buat press statement .....Bagi KS isu ini terlalu delicate dan lebih bersifat 'isu dalam rumah'. Biarlah mereka yang di dalam tu menyelesaikan, tak perlu kita tokok tambah dan beri pelbagai pandangan yang lebih berupa kecaman dan tomahan.

Ada juga yang pertikaikan bahawa perbuatan itu salah dan tak perlu disokong. Dalam konteks ini isu salah atau tidak adalah sangat subjektif.

TETAPI DALAM KOMANDO, sebagai anggota pengawal, mesti serius, biar muka nampak ganas dan menakutkan dan bukannya pengawal, yang mukanya berseri-seri dengan lotion quputih.

Justeru itu dalam konteks ini kita hendaklah melihat bentuk kesalahan yang dilakukan din dalam konteks yang lebih luas. Mungkin apa yang kita lihat sebagai satu kesalahan kecil di dalam askar biasa, tetapi ia merupakan satu kesalahan besar dalam konteks komando. Mengenai, on the sport punishment seperti penampau dan penumbuk , dalam komando adalah biasa, abis situ sahaja, tak perlu nak draf kertas pertuduhan, nak dakwa nak bicara, yang mana sudah tentu jauh berbeza dengan norma  dan amalan dunia askar biasa atau dunia koperat.

Dah nama pun komando, diberi latihan yang berbeza , di beri elaun beribu lebih dari askar biasa, so sudah  tentu dunia kehidupannya pun berbeza. Jadi kalau setakat kena sedas dua penampau tu, adalah biasa aje dalam kehidupan komando, tak perlu dijadikan isu. Itu bezanya KOMANDO dengan askar biasa dan dunia koperat. Yang sedihnya ramai pulak geng veteran yang dok perapikan lagi isu ini . Geng Veteran sebenarnya faham, cuma mereka buat-buat tak faham atau saja nak menunjukkan bahawa mereka ini semua pejuang tegar hak asasi manusia, sejak berpencen nei....

Akhir sekali, kalau KS ditanya pendapat, bagaimana menangani isu ini, satu saja pesan kepada orang luar yang tak tahu hujung pangkal, janganlah menambah-nambah. Yang penting dalam isu ini , siasat siapa yang viralkan clips tu,  dan kepada budak yang kena tumbuk tu, KS ucapkan tahniah, kerana bukan senang nak kena penumbuk KOLONEL KOMANDO....!

Comments