I CAN SEE YOUR FACE


Ketika ini, doktrin menjadikan sesuatu yang bohong itu sebagai benar semakin berleluasa.

Satu fenomena yang amat menggerunkan.

Contoh paling mudah, SPRM terus digambarkan sebagai entiti tidak jujur bagi mewujudkan persepsi negatif. Dengan kata lain SPRM difitnah.

Pegawai SPRM yang bekerja 24 jam, tidak balik rumah, tidak jumpa anak bini, tidak berhari raya sebab hendak siapkan segera siasatan yang dilaporkan, tapi mereka difitnah dan diberi persepsi negatif.

Ya dulu SPRM pernah melalui episod malang, kerana menyiasat, mereka ditangkap, dihumban, disenyapkan dan diporak-perandakan dek kerana campur tangan politik.

Kini, perkara seperti ini terus berlaku. Sebab apa?, Selagi ada rasuah, maka selagi itulah perasuah akan terus menentang SPRM.

Perasuah dan kaum kerabatnya akan terus membenci SPRM seperti mana bencinya iblis kepada manusia.

Kalau iblis berjanji untuk terus menyesatkan manusia hingga kiamat nanti, begitulah juga perasuah yang terus menyimpan hasrat untuk membunuh SPRM.

Tidak ada sebab mereka memusuhi SPRM, kecualilah mereka ini adalah golongan perasuah atau mempunyai kaitan dengan perasuah.

Sebab itulah, apabila sehari dua ini timbul sekumpulan manusia  dari Parti Bunga membuat kecoh di media sosial melemparkan tohmahan kepada SPRM kononnya agensi itu bertindak kasar, cepat melatah dan dikawal oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, KS anggap sekumpulan manusia ini sebenarnya adalah sama seperti iblis.

KS ingin bertanya, kenapa iblis bertopeng manusia ini menyerang dan berbuat bising di media sosial sahaja?, mana bukti mereka SPRM dikawal, mana maklumat mereka SPRM berkasar, pergilah serahkan menerusi saluran yang betul... Pergi adukan pada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (EAIC).

Tetapi dicadangkan supaya buatlah aduan secepat mungkin sebelum terlambat…

Kenapa terlambat?..Biarlah golongan manusia hybrid iblis dari Parti Bunga menanti dengan penuh tanda tanya... 

Manalah tahu jutaan ringgit lagi wang yang disongglap dulu bakal ditemui lagi.

Comments