I CAN SEE YOUR FACE 4



Menceburi bidang politik atau memilih kerjaya sebagai pemimpin politik adalah pilihan seseorang itu secara individu apabila mereka sudah dewasa dan ia bukanlah bidang yang dijadikan pilihan oleh mana-mana ibu bapa.

Tidak ada - kalau pun ada mungkin terlalu jarang - ibu bapa yang sejak anaknya kecil lagi telah mendorong mereka untuk menceburi bidang politik.

Selalunya bidang kerja yang jadi pilihan adalah doktor, jurutera, arkitek, pensyarah, guru, ahli perniagaan dan lain-lain kerjaya yang profesional atau menjamin masa depan.

Ini bukanlah bermakna bidang politik itu tidak baik atau kurang menjamin masa depan, tetapi ia lebih disebabkan bidang politik ini tidak menentu masa depannya.

Ada kala  naik, ada kala turun. Ada kala berjawatan, ada kala hilang jawatan. Ada kala poket penuh, ada kala kena bergolok bergadai.

Meski begitu, oleh kerana politik ini melibatkan orang ramai, masyarakat dan rakyat, maka intergriti adalah sangat penting. Seseorang yang sudah tercalar intergritinya, pilihannya tidak lain melainkan mesti meletakkan jawatan.

Beberapa hari kebelakangan ini, isu yang panas dan diperkatakan ramai melibatkan intergriti  beberapa pemimpin muda Parti Bunga Buangan...

Hari ini seperti yang telah KS perkatakan sebelum ini SPRM telah merampas wang tunai yang dipercayai disalah guna berjumlah RM600,000 dari rumah dua anggota Armada Buangan. Turut dirampas sebuah kereta bernilai RM100,000 milik pihak ketiga yang dipercayai dibeli menggunakan dana yang disalah guna.

Banyak betul harta mereka...dari mana duit tersebut diperolehi???

Adakah ini duit yang dicuri dari Parti Bunga?


Jika benar duit yang ditemui SPRM adalah duit curi dari Parti Bunga... Maka dimanakah hilangnya amanah dan kejujuran???

KS tekankan adalah mengenai intergriti, ia adalah melibatkan kejujuran. Dalam politik, orang yang tiada intergiti adalah  tidak layak sama sekali diberikan sebarang jawatan. Mereka yang tidak jujur atau berbohong adalah mereka yang tidak ada intergriti.

Sejak awal isu ini timbul lagi, tanda-tanda ada yang tidak kena memang sudah kelihatan. Jawapan yang diberikan berkaitan perkara itu banyak yang tergantung dan tidak bernoktah.

Hanya apabila semakin diasak, kelam kabut mengheret SPRM ke gelangan politik mereka...bila SPRM bertindak barulah terdiam..diam kerana telah berjaya mengkhianati amanah dan kepercayaan yang telah diberikan oleh Tun Dr Mahathir...dan rakyat.


Tidak kasiankah mereka kepada Tun??? Sanggup menipu???

Jangan kerana pengkhianat-pengkhianat ini yang boleh diibaratkan 'kaki pesakit kencing manis' ini Tun terus "lemau"  begitu sekali pemikirannya seperti orang terlebih diberi minuman yang manis.

Hanya kerana ingin mempertahankan mereka yang tidak jujur, apakah begitu sikap yang sepatutnya??? Sedih bukan untuk nasib Negarawan yang dikhianati oleh oranv yang dia percayai...

Sebagaimana yang disebut pada awal tadi, kerjaya sebagai pemimpin politik adalah pilihan sendiri seseorang itu, tetapi ia memerlukan intergriti yang tinggi. Hanya orang berkenaan saja tahu mengenai nilai sebenar intergriti dirinya, kejujuran dan sama ada dia bercakap benar atau sebaliknya.

Jika rasa ada ketidakjujuran, sebelum perkara itu lebih terbongkar atau terdedah kepada umum, lebih baiklah mengundur diri. Apa tunggu-tunggu lagi. Politik adalah pilihan kita sendiri, bukan pilihan ibu bapa kita.

Kenapa mahu menyusahkan Tun Mahathir dalam hal ini?

Jangan sesekali berlindung atau bergantung kepada Tun Mahathir untuk melindungi kesalahan sendiri. Apabila timbul pertikaian melibatkan intergriti, jalan terbaik bagi pemimpin politik ialah mengundurkan diri. Pemimpin sepatutnya menyenangkan Tun sebagaimana mereka mengaut banyak kesenangan ketika ada jawatan, bukannya menyusahkan Tun.

JANGAN  BIARKAN  BEBERAPA  TITIK  NILA  MEROSAKKAN  SUSU SEBELANGA.

Jangan anggap perkara ini satu yang remeh.

Rakyat dahagakan kepimpinan yang bersih, ikhlas , amanah dan jujur.

KEPADA  TUN, POTONGLAH  JARI DAN  KAKI  PESAKIT  KENCING  MANIS ITU  SEBELUM  IA MEMBAWA  MAUT.

JANGAN BIARKAN NASI MENJADI BUBUR...

Wallahuaklam…

Comments