I CAN SEE YOUR FACE 2


Cukup-cukuplah wahai orang-orang politik, sudah-sudahlah mengaitkan atau mempergunakan SPRM untuk agenda politik kotor.

Perangai orang politik di Malaysia ini rata-rata sama sahaja... Bila mereka kena, mereka hina SPRM, bila mereka hendak kenakan musuh politik, mereka berduyun-duyun memuja SPRM...

Ini bukan cerita baru...cerita lama…lama sangat dah....

Kebebalan mereka memang amat sukar untuk dipulihkan.

Sebabnya mereka memang sengaja memilih untuk jadi bebal. Benda yang tidak pelik dalam dunia politik.

Lihat saja kes terkini ini, tiba-tiba keluar khabar angin kononnya SPRM tidak memberikan sebarang maklumbalas terhadap laporan mengenai audio salahlaku Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin dan SPRM menahan pula golongan yang membuat laporan tersebut.

Cerita ini pula digembar-gembur pula puak-puak Parti Bunga Buangan yang mencabar SPRM membuat penjelasan berkaitan kes itu yang kononnya digugurkan demi menyelamatkan Perdana Menteri.

Begitu juga dengan orang-orang politik prepaid lain yang hidup dalam kecelaruan indentiti...

Apa yang mereka ini tiba-tiba jadi macam kera makan belacan hingga hendak cabar mencabar ni?...

Sebelum hendak menyebarkan apa-apa dakyah, lebih baik kaji dahulu kesahihannya.

Jika benar mereka kata SPRM lindungan Perdana Menteri dari sebarang salah laku, pergilah buktikan dan  buat laporan pada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EIAC) atau SUHAKAM atau mana-mana yang mereka rasakan berkaitan.

Jika ada bukti lagi pasal kes ini, pergilah tolong SPRM, bukan melalak seperti anjing. Jika dulu boleh datang berduyun-duyun, kenapa sekarang tidak boleh?

Sekarang ini, kamu reka cerita kemudian suruh KP SPRM mengaku. Cukup-cukuplah dengan politik bangang yang terbukti telah membenamkan Pakatan Harapan yang hanya tinggalkan harapan kamu itu sendiri.

Macai-macai ini tidak tahukah sekarang ini bukan tutup kes, malah pelbagai kes lain pula dibuka.

Yang peliknya, kenapa mereka mempersoalkan SPRM jika tiada tindakan pendakwaan bagi sesuatu kes?

Adakah macai mengetahui bidang kuasa dan tugas SPRM? Ada belajar Akta SPRM? Tahu SPRM ada Akta pindaan baru? Tahu ke tidak?

Siasatan SPRM ada peringkat-peringkatnya, kalau diperjelaskan nanti macai-macai ini lagi pening ibarat seperti pening berpesta seks dan dadah...kalau pernah pergi ke pesta itu lah...

Tindakan menghentam SPRM adalah sesuatu yang tidak logik. Macai-macai ini kata faham undang-undang tapi bidang kuasa SPRM pun mereka gagal fahami.

Sama juga dengan kes Riza Aziz baru-badu ini, bukan SPRM yang putuskan tetapi mahkamah. Kes telah pun didakwa dan untuk teruskan ialah peranan Peguam Negara.

Peguam Negara perlu meninta mahkamah teruskan dan SPRM tidak layak untuk berbuat demikian.

Jadi, kepada semua di luar sana. Fahami fungsi dan tanggungjawab sesuatu agensi sebelum meloncat seperti kera makan belacan.

Takbirrrr!!! Allahuakbar...

Comments