SETAN JEMBALANG


petualang yg pulang
walaupun hanya abu dalam balang
tanpa tulang dan belulang
tetap menimbulkan sangsi dan bimbang
serta membangkitkan rasa benci dan walang
dalam hati waris2 pejuang
yang tumpas di medan perang

petualang yg pulang
bendera yg dipinda bintang
adalah mainan binatang
yg pada Malaysia tiada rasa sayang
jangan pula fokus kita hilang
mereka mau tutup rancangan terhalang
iaitu 800 warga asing datang tak pulang
di cyberjaya buat scam tipu orang
katanya 150 lagi lari lintang pukang
mungkin berpuluh ribu lagi pendatang
dok sembunyi dlm hutan dan lorong belakang
entah apa lagi petaka mendatang
angkara puak setan jembalang...

Comments