KEPULANGAN SIPETUALANG


Pengkhianat dan petualang nombor satu negara akhirnya diizinkan dibawa pulang ke Perak. Beribu nyawa terkorban dan cacat seumur hidup akibat daripada ideologi komunis yg diperjuangkan sibangsat ini semasa hidupnya. 

Mangsanya terdiri daripada prajurit, polis dan orang awam dari bangsa Melayu, Cina, India dan Orang Asal. Kerakusan dan kezaliman sibangsat ini tidak memilih mangsa seperti butanya peluru yg dimuntahkan daripada laras senjata komradnya. 

Cita2nya hanya satu- mengkomuniskan negara tercinta ini, meletakkan fahaman komunisnya di mercu pemerintahan dan menghapuskan sama sekali kuasa raja-raja Melayu, perlembagaan, hak Melayu dan kedaulatan negara ini. 

Entah sidungu mana yg mengizinkan abu mayat sibangsat ini dibawa pulang ke bumi Malaysia yg dikhianatinya ini. Dua bulan lalu kepulangan abu mayat sibangsat ini disambut laksana kepulangan wira oleh 180 penyokongnya. 

Ertinya 180 orang yg menyokong perjuangan subversif komunisnya. Jangan pula bilangan ini membiak menjadi 1800 orang tahun depan dan 18000 dua tahun lagi. 

Dan jangan pula ada sidungu yg meluluskan 16 September setiap tahun sebagai cuti am utk memperingati perjuangan petualang bangsat ini...

Comments