ENTER HIS DEFENCE


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah buat penghakiman perintah bekas Perdana Menteri, DS Mohd Najib Abdul Razak, bela diri (enter his defence) dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Dia diperintah bela diri atas tujuh tuduhan bersangkutan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan duit haram libatkan RM42 juta duit SRC International Sdn Bhd (SRC) yang masuk dalam akaun peribadi dia.

Tujuh tuduhan itu adalah tiga melibatkan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pengubahan wang haram dan satu salah guna kuasa.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali buat keputusan itu selepas dapati pihak pendakwa berjaya buktikan ada kes ‘prima facie’ bagi semua tuduhan ke atas Najib.

Dalam bahasa mudah, pendakwa telah berjaya yakinkan hakim bahawa ada bukti yang kuat Najib buat macam yang dituduh.

Maksudnya, setakat ini, pada pandangan kasar, segala tuduhan ke atas Mohd Najib adalah benar sehinggalah dibuktikan sebaliknya.

Jadi sekarang ini Mohd Najib disuruh oleh mahkamah bela diri dia. Sama ada keputusan terhadap dia kekal atau diubah bergantunglah kepada macam mana dia bela diri dia.

Tapi dia tidaklah akan bela diri seorang diri. Dia bukan penganggur yang curi makanan dari pasar raya kerana anak-anak di rumah lapar dan tak mampu upah peguam.

Najib orang kaya. Dia ada banyak peguam bela yang hebat-hebat untuk bantu dia. Mereka ini pula akan panggil saksi-saksi yang pada pendapat mereka boleh bantu lepaskan Najib.

Mereka akan sanggah bukti-bukti yang kata ada kes terhadap anak guaman mereka. Mereka akan guna macam-macam bukti dan bangkitkan macam-macam hal teknikal.

Tugas mereka lebih mudah daripada tugas pihak pendakwa. Pendakwa wajib buktikan tanpa sebarang keraguan kesabitan Najib. Mereka hanya perlu timbulkan keraguan yang berpatutan.

Selalunya kes kena buang pasal pendakwa raya gagal buktikan kes prima facie. Bila pendakwa raya berjaya buktikan kes prima facie selalunya lekatlah kes itu.

Jadi sekarang pandai-pandailah Najib pertahankan diri dia. Kita selalu dengar orang kata, pandai makan pandailah simpan, berani buat beranilah tanggung.

Tentang Najib kata dia terkejut tak dibebaskan itu perkara biasalah. Takkan dia nak kata dia tak terkejut sebab dia buat?

Tapi boleh jadi juga dia betul-betul terkejut pasal dia yakin peguam-peguam dia yang hebat macam TS Muhammad Shafee Abdullah boleh buang kes.

Bagi penyokong dia pula, sama ada daripada jenis yang tak tahu apa-apa, yang makan dedak atau yang tertutup fikiran, mereka tentulah kata dia dianiaya, mahkamah tidak adil dan dia mangsa konspirasi politik.

Biasalah!

Nak kata apa lagi???

Comments