KUASA WANG!!!




Presiden Amerika bukan bodoh. 

Clinton, Bush, Obama atau Trump bukan bodoh. 

Tapi kita lihat polisi mereka sama saja. 

Sama ada dari parti Demokrat atau Republikan mereka tetap mengiktiraf Israel dan menyibuk malah menimbulkan huru-hara di dunia ketiga khususnya di negara majoriti muslim.

Kenapa begitu??? 

Kerana mereka tunduk kepada pelobi dan pemodal yg membiayai parti mereka terutamanya sewaktu kempen pilihanraya. 

Jadi golongan kapitalis inilah sebenarnya penentu polisi sama ada dalaman mahu pun antarabangsa.

Jadi awas. Di negara kita pun dah nampak ada orang yg mendabik dada mengatakan dia bayar cukai maka dia ada hak untuk kata apa saja kpd kerajaan termasuk kakitangan kerajaan.

Dan kalau puak-puak ni membiayai sesebuah parti lalu parti itu menang pilihan raya dan menjadi kerajaan, sudah tentu puak ini jugalah menuntut hak untuk menentukan polisi termasuk yg sudah termaktub dlm perlembagaan.

Ingat, presiden Amerika bukan bodoh. 

Mereka tahu tindakan mereka ada kalanya bercanggah dgn hak asasi manusia sejagat. Ada kalanya tidak seiring dgn semangat PBB.

Mereka bukan bodoh tapi diperbodohkan oleh kapitalis. 

Demikian kuasa wang. 

Mahukah kita pula diperbodohkan?

Comments