MELONCAT SEPERTI KERA MAKAN BELACAN!!!

Berbuih sudah mulut KS menasihati orang-orang politik supaya tidak mengaitkan atau mempergunakan SPRM untuk agenda politik kotor mereka.

Perangai orang politik di Malaysia ini rata-rata sama sahaja... Bila mereka kena, mereka hina SPRM, bila mereka hendak kenakan musuh politik, mereka berduyun-duyun memuja SPRM...

Ini bukan cerita baru...cerita lama…lama sangat dah....

Kebebalan mereka memang amat sukar untuk dipulihkan.

Sebabnya mereka memang sengaja memilih untuk jadi bebal. Benda yang tidak pelik dalam dunia politik.

Lihat saja baru-baru ini, tiba-tiba keluar khabar angin kononnya SPRM tutup kes melibatkan Shafie Apdal. Di tuduhnya pula SPRM menjilat Shafie kerana menawarkan khidmat pegawai kanan SPRM di pejabat Ketua Menteri Sabah sebagai usaha pencegahan daripada sebarang aktiviti rasuah dan salah guna kuasa.

Adakah usaha pencegahan SPRM ini salah???

Malah cerita ini pula digembar-gembur pula oleh blogger prepaid yang mencabar SPRM membuat penjelasan berkaitan kes itu yang kononnya digugurkan demi menyelamatkan Shafie.

Apa yang mereka ini tiba-tiba jadi macam kera makan belacan hingga hendak cabar mencabar ni?...

Sebelum hendak menyebarkan apa-apa dakyah, lebih baik kaji dahulu kesahihannya.

Jika benar mereka kata SPRM Shafie, pergilah buktikan dan buat laporan pada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) atau SUHAKAM atau mana-mana yang mereka rasakan berkaitan.

Jika ada bukti lagi pasal kes ini, pergilah tolong SPRM, bukan melalak seperti anjing. Jika dulu boleh datang berduyun-duyun, kenapa sekarang tidak boleh?

Sekarang ini, kamu reka cerita kemudian suruh KP SPRM mengaku. Cukup-cukuplah dengan politik bangang yang terbukti telah membenamkan parti kamu itu sendiri.

Macai-macai ini tidak tahukah sekarang ini bukan tutup kes, malah pelbagai kes lain pula dibuka.

Yang peliknya, kenapa mereka mempersoalkan SPRM jika tiada tindakan pendakwaan bagi sesuatu kes?

Adakah macai mengetahui bidang kuasa dan tugas SPRM?

Selepas siasatan dibuat, untuk menentukan pertuduhan ialah Peguam Negara, jadi tanyalah Peguam Negara kenapa tiada pendakwaan.

Tindakan menghentam SPRM adalah sesuatu yang tidak logik. Macai-macai ini kata faham undang-undang tapi bidang kuasa SPRM pun mereka gagal fahami.

Sama juga dengan kes Lim Guan Eng, bukan SPRM yang tangguhkan tetapi mahkamah. Kes telah pun didakwa dan untuk teruskan ialah peranan Peguam Negara.

Peguam Negara perlu meninta mahkamah teruskan dan SPRM tidak layak untuk berbuat demikian.

Jadi, kepada semua di luar sana. Fahami fungsi dan tanggungjawab sesuatu agensi sebelum meloncat seperti kera makan belacan.

KS: Apa cerita Captain? Lama menyepi kini kembali merindui SPRM ke???

Comments