MALAYSIAKU BERSIH

Sempena sambutan Hari Malaysia.

Merdeka!!!

Mengikut takrif asal daripada bahasa Sanskrit “maharddhika”, merdeka membawa maksud kekayaan, keagungan dan kekuasaan.

Soalnya, adakah kita telah merdeka seperti yang dimaksudkan dengan istilah “maharddhika” itu?

Adakah kita kaya dari segi harta benda, ilmu dan budi pekerti?

Ya dan tidak. Kita lebih kaya daripada zaman penjajahan. Tetapi bukan semua. Ada yang kaya sehingga tidak terkira hartanya. Tapi ada yang miskin kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Ramai Bumiputera masih dalam kategori “sarung index” yang dikisahkan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz. Masih hidup sehelai sepinggang.

Macam itu juga dengan ilmu. Ada sebahagian yang setanding dengan yang terbaik dan terunggul di dunia.Mampu melancarkan satelit ke angkasa.

Cambridge, Ofxord, Harvard, Yale dan IMD adalah padang permainan mereka.

Tetapi masih ramai yang tercicir dari sekolah rendah dan menengah atau yang ijazahnya hanya mampu mendapatkan mereka kerja dengan kerajaan sahaja.

Budi pekerti? Mohon ampun dari hujung rambut sampai ke hujung ibu jari kaki kalau dikatakan, budi pekerti apa yang hendak kita banggakan?

Merompak, menyamun, melakukan rasuah, menipu, tidak bayar balik hutang, curi tulang, tidur di surau atas alasan sembahyang, tidak hormat undang-undang, tidak hormat orang tua.

Tetapi bercakap tentang bangsa dialah wira. Bercakap tentang agama kalah ulama.

Keagungan dan kekuasaan? Pun serupa. Ya dan tidak.  

Apa ukuran keagungan kita? Kekayaan yang tidak terkira atau ketinggian ilmu dan harga diri?

Sebutir bintang di langit gelap. Pancaran cahaya pada hari mendung…Ada faham??? 

Selamat Hari Malaysia.

Comments