PERLAHANKAN VOLUME SIARAN RADIO HANOI ANDA…!!!

Tiada angin tiada ribut...tiba-tiba Portal Malaysiakini melaporkan bahawa SPRM akan dirombak dengan melibatkan kepimpinan tertinggi SPRM susulan cuti sakit TKP SPRM, DS Azam Baki...

KS tidak hairan dengan berita sebegini...sebabnya mediaporta seperti ini 'berdiri' di atas paksi yang berbeza dengan media arus perdana...

Kita faham..media portal bebas, lantang dan kritis berdasarkan anutan fahaman masing-masing...seperti juga KS..

Tetapi mereka wajib mempunyai prinsipnya sendiri dengan cara lebih rasmi dan berhemah...

Bahasa mudahnya, menyiarkan berita yang sahih dengan pengesahan pihak yang terlibat...bukan cerita gosip (tidak melibatkan gosip artis ye) dan khabar angin...

KS sebenarnya tidak kisah pun sekiranya SPRM dirombak...

Tetapi persoalannya, kenapa berita ini disiarkan tanpa pengesahan dari tuan punya badan iaitu SPRM...

Akhirnya KP SPRM terpaksa mengeluarkan kenyataan media yang jelas pendirian SPRM bahawa berita itu tidak betul…


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini menafikan dakwaan akan ada perubahan di dalam jabatan itu berikutan cuti sakit oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki.

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Beebi Koya berkata, laporan itu adalah tidak berasas langsung.

"Datuk Seri Azam Baki sudah pun keluar dari hospital, malah turut hadir ke pejabat hari ini.

"Beliau dijangka menyambung balik tugas rasmi minggu depan pada 22 Ogos ini," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan perubahan dalam kepimpinan tertinggi SPRM berikutan susulan cuti sakit oleh Azam.

Laporan yang memetik sumber berkata Azam, 56, dimasukkan ke Hospital Putrajaya bulan lalu berikutan menghadapi masalah kegagalan buah pinggang.

Dalam laporan itu juga, sumber turut memaklumkan SPRM berkemungkinan besar akan melantik seorang pemangku timbalan ketua pesuruhjaya untuk menyelia perkara-perkara berkaitan operasi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Ogos 2019 @ 9:08 PM

Semua orang tahu media portal ini beritanya ditulis dan boleh dikemaskini...jadi adakah wartawan Malaysiakini ini tiada masa untuk mengemaskini atau mengesahkan khabar angin yang ingin ditulis???

Kecuali, dia mempunyai agenda sendiri untuk menyorokkan berita ini dari pengetahuan SPRM...jika ini yang berlaku jelas sebenarnya mereka 'pondan' dan tidak beretika...

Jika beginilah sikap media portal...maka KS rasakan pengamal media di negara ini sendiri yang telah meletakkan darjat mereka di tong sampah...

Bayangkanlah...ekspatriat atau mana-mana pelabur asing membaca media portal kita...pasti mereka kata 'what the hell' cerita gosip agensi kerajaan jadi bahan berita utama...hahaha...gosip ok...gosip...

Adakah mereka beranggapan berita gosip ini boleh memajukan negara??..Adakah mereka fikir berita gossip tidak memecahbelahkan organisasi...tidak memperdaya orang ramai..???

Nota Kaki: Jadi mana yang dikatakan sebagai media boleh membentuk fikiran dan budaya masyarakat...yang dibentuk ialah budaya fitnah dan khabar angin...




Comments