KALAU BADUT, TETAPLAH BADUT JUA…


DS Najib sekarang boleh pergi ke mana saja tersengih dengan kempennya “Malu Apa, Bossku” walaupun beliau bertanggungjawab menyebabkan Umno kalah pilihan raya umum dan kini berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah atas kes rasuah, pecah amanah dan mengubah wang haram.

Beliau boleh olok-olok pergi beli barang di Tesco. Beliau malah boleh mencuri kempen orang lain.

Tetapi minta ampun kalau ada orang mengangkat pelekat tidak jauh dari tempat beliau mengadakan majlis. Mereka akan ditolak, dikasari dan pelekat mereka dikoyak.

Ini bukan kebetulan.

Apabila Bilqis Hijjas melepaskan belon kuning bertulis “demokrasi”, “media bebas” dan “keadilan” dalam satu majlis yang dihadiri oleh Najib dan isterinya Rosmah Mansor pada 2015, penari itu didakwa di mahkamah.

Apabila pegawai tinggi SPRM Abu Kassim Mohamad dan Mohd Shukri Abdull, serta bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail sibuk menyiasat kes 1MDB, mereka tiba-tiba saja bersara atau terpaksa bersara atas sebab kesihatan.

Apabila Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir cuba menyoal beliau dalam parti, mereka dipecat.

Apabila Dr Mahathir Mohamad juga berbuat demikian, beliau berdepan dengan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia lebih 30 tahun lalu.

Malah sepanjang bertahun-tahun lalu, mana-mana media yang cuba bertanya kepadanya tentang duit yang masuk ke akaun peribadinya dari SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB, akan disekat daripada membuat liputan majlisnya atau masuk ke pejabat kerajaan.

Inilah wajah Najib dan penyokongnya. Siapa yang berani mempersoalkan mereka akan dibuli, dikasari atau diugut akan diambil tindakan.

Perangai samseng tanpa moral dan etika ini dibenci oleh majoriti rakyat dan mereka menolaknya melalui undi pada 9 Mei tahun lalu.

Walaupun Najib boleh ke mana-mana berlagak konon semuanya baik-baik saja dan tanpa malu berbangga atas apa yang telah beliau lakukan, beliau tetap juga karikatur yang dilukis oleh aktivis Fahmi Reza pada 2016.

Seorang badut yang tidak boleh diberi peluang sekali lagi untuk memimpin???

Nota Kaki: Aduh sakitlah pula mata ni!!!

Comments