SIRI 4: ANTARA NAJIS DAN TAHI???? JANGAN JADI MUNAFIK!!!

Tok haji, tok lebai, petani, nelayan, kakitangan kerajaan, profesor tulen dan profesor kangkung marilah kita berfikir dalam sikit.

Kalau DS Najib ni tak ada apa-apa nak sembunyi, pasal apa dia bantah sangat akta wajibkan Ahli Parlimen macam dia isytihar harta?

Boleh kata semua Ahli Parlimen PH dah isytihar. Jadi pasal apa pembangkang liat sangat?

Dulu masa skandal 1MDB mula timbul, Najib kata dia kaya dan banyak duit sebab “legacy” – keturunan.

Memanglah keturunan dia kaya, terutama sebelah ibu. Datuk dia, Almarhum Tan Sri Mohamed Noah Omar atau “Noh Berot”, adalah rakan kongsi mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dalam projek judi dan riadah Genting Highlands. Gelaran “Noh Berot’ ni adalah kerana dia belajar di Beirut, Lebanon.

Berkenaan pensyarah yang menuduh kerajaan PH jual RM20 bilion aset negara dalam masa 400 hari itu, nama yang dia pakai adalah Abdul Muein Abadi. Dia dakwa dia pensyarah program Sains Politik UKM.

Rencananya yang bertajuk “Eksklusif: 400 hari PH jual lebih RM20 bilion aset negara” itu disiarkan, antara lain, oleh portal politik Umno-Online. 

Maaf cakaplah rasa macam ada konspirasi.

Comments