SIRI 2: ANTARA NAJIS DAN TAHI????


Kalau pun ada kerajaan Pakatan Harapan (PH) jual harta negara, ini adalah harta yang sudah pun dijual oleh DS Najib dan kerajaan BN masa mereka berkuasa macam tanah TRX, tanah Bandar Malaysia dan Edra Global Energy.

Itu pun mana yang tidak terlambat kita runding semula dan berjaya kurangkan belanja dan dapat syarat yang lebih baik daripada yang Najib rundingkan.

Ambil contoh ECRL yang kita berjaya kurangkan kos sebanyak RM21.5 bilion.

Yang lain yang kita dengar dijual itu adakah harta syarikat (korporat) yang sememangnya boleh dijual beli. Itu pun kerana terpaksa jual untuk tampung hutang yang Najib tinggalkan dan kerugian besar yang Najib dan konco-konco dia buat.

Kita tidak jual sesuka hati macam Adnan Mansor buat dengan tanah Bandaraya Kuala Lumpur. Hanya aset korporat yang tidak terlalu penting, tidak strategik atau rugi terlalu besar kita jual.

Aset penting dan strategik macam yang dimiliki Felda dan Tabung Haji (TH) dijual kepada agensi milik kerajaan sendiri. Lebih kurang dari tangan kiri kepada tangan kanan.

Penerbangan Malaysia (Mas) pun kalau ada pembeli tempat, kita wajib bagi keutaman kepada mereka sebelum kita berunding dengan orang luar.

Cukuplah kerajaan dan pembayar cukai bagi kepada Mas RM25 bilion sejak tahun 2001.

Kalau tak percaya, tengoklah TH. Dari awal lagi kita bagi amaran dan kita bantah Najib lantik konco dia, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, jadi pengerusi TH.

Kita tahu siapa dia ini. Tapi Najib masa dia berkuasa dia tak dengar nasihat siapa pun kecuali konco-konco dia dan bini dia, Datin Paduka Seri Puti Reno Rosmah Mansor.

Abdul Azeez dilantik jadi pengerusi TH pada 1 Julai 2013. Kalau ikut gelaran menanglah dia ni Melayu yang hebat – Datuk Seri Panglima. Tapi panglima apa? Dalam masa tak sampai lima tahun TH lingkup.

Berikut inti pati laporan/penjelasan yang saya dapat daripada beberapa sumber termasuk TH sendiri dan Kementerian Kewangan mengenai bala yang timpa TH:

1.Pengurusan dan pentadbiran terdahulu telah menyeleweng dana Tabung Haji melalui pembelian yang meragukan sehingga rugi RM10.2 bilion.

2.Pengurusan juga telah memanipulasi standard perakaunan untuk mengelakkan akaun mereka menunjukkan kerugian dan dengan itu boleh bayar hibah yang tinggi. Mereka guna duit penyimpan untuk bayar hibah. Maksudnya makan modal.

3.Untuk selamatkan Tabung Haji, Kerajaan terpaksa beli aset TH yang telah jatuh nilainya dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Kerajaan beli aset TH yang nilainya RM9.7 bilion dengan harga RM19.9 bilion melalui syarikat milik kerajaan Urusharta Jemaah Sdn Bhd.

Kerajaan tak jual harta TH kepada orang luar atau kepada Cina DAP macam didakwa oleh sesetengah pensyarah dan profesor “kangkung” serta lebai penjaja agama. Tak macam Najib jual Edra kepada syarikat negeri China.

Alhamdulillah Abdul Azeez telah pun didakwa di mahkamah dan siasatan telah dan sedang dilakukan ke atas bekas ahli lembaga pengarah serta pengurusan kanan TH.

Yang banyak jual aset negara dan aset GLC kepada orang luar ni Najib dan konco-konco dia. Bila tak ada duit untuk bayar hutang atau untuk isytihar dividen yang tinggi mereka jual aset untuk jana keuntungan luar biasa.

Hari demi hari harta negara dan aset GLC makin berkurangan atau susut nilainya. Kemampuan untuk buat keuntungan semakin tipis maka akhirnya jadilah macam TH.

Comments