BANYAK LAGI TERIMA DANA 1MDB???

SPRM ketika ini dalam proses mendapatkan kembali wang yang mahu dikembalikan dan ada lagi yang akan diumumkan kemudian.

Malah jika ada sebab serta merit tertentu SPRM akan panggil beberapa entiti lain dan difailkan permohonan melucut hak bagi mendapatkan semula wang 1MDB yang disalah guna.

Berkemungkinan juga beberapa pihak lain juga difailkan pelucutan hak mengikut Seksyen 56 Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.

Ketika ini, SPRM sudah memfailkan permohonan melucut hak terhadap 41 individu dan entiti bagi tujuan mendapatkan semula wang 1MDB yang disalah guna.

Permohonan yang difailkan SPRM minggu lalu itu bagi mendapatkan semula wang berjumlah lebih RM270 juta yang dipercayai dipindahkan dari satu akaun Ambank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Difahamkan juga terdapat responden yang dinamakan SPRM sudah menghubungi peguam bagi tujuan pemulangan semula wang itu.

NOTA KAKI: PENAFIAN RESPONDEN??? CABARLAH PERKARA ITU DI MAHKAMAH UNTUK TINDAKAN LANJUT ABAM2 SEMUA!!!

Comments