ANTARA NAJIS DAN TAHI????


Seorang bekas menteri kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tumbang 9 Mei 2018 lalu sifatkan penyelewengan bekas Perdana Menteri, DS Mohd Najib Abdul Razak, sebagai “tahi”.

KS kata “najis”, tapi dia kata bukan najis tapi tahi.

Dia pun buat congak dan dapat angka RM75 bilion “najis kewangan” yang Najib bebankan ke atas negara dan rakyat jelata.

Sikit sebanyak KS tidak terkejut kalau ada lagi tahi yang kita akan jumpa di masa depan.

Sebahagian daripada tahi atau “taik” yang Najib tinggalkan itu ada unsur jenayah macam pecah amanah dan pengubahan duit haram SRC International yang sedang dibicarakan sekarang.

Itu pun ada lagi orang Melayu Islam, tok haji, tok lebai, malah pensyarah universiti, yang percaya Najib ini baik dan sanjung dia sebagai “bossku”.

Maaf cakaplah kalau KS terpaksa kata, banyak orang Melayu Islam di Malaysia ini kalau pasal identiti (jati diri) bukan main bersemangat tapi nampak macam tak faham atau tak peduli berkenaan digniti (harga diri).

Atau orang Melayu Islam di Malaysia ini adalah hipokrit paling besar di dunia. Cakap pasal bangsa Melayu dan agama Islam bergegar-gegar, tapi duit rasuah, duit curi dan duit yang mereka tidak tahu haram halalnya mereka terima, bagi makan anak bini dan buat naik haji.

KS pun malu bila suku-sakat KS sendiri kata: “Tak apalah yang curi duit tu dia bukan kita. Itu antara dia dengan Tuhanlah. Dia bagi kita ambil lah.”

Bukan ambil saja. Lepas itu pertahan pula orang yang mereka sendiri kata buat salah.

Mereka ini orang yang sembahyang sampai kematu dahi dan tak putus-putus hadir kuliah agama di mana mereka selalu dibagi amaran supaya jaga makan minum.

Jaga apa yang dibagi makan kepada anak bini. Dibagi amaran, daging yang jadi daripada sumber haram akan dibakar api neraka.

Yang sedih dan anehnya bukan rakyat totok saja yang percaya diayah bahawa Najib ini kena aniaya dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) aniaya dia.

Comments