UMNO PALING BANYAK TERIMA DANA 1MDB???


SPRM telah menfailkan 41 kes permohonan melucut hak melibatkan jumlah dana bernilai RM270 juta yang diterima daripada syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur .

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, pihaknya mengenal pasti 41 individu dan entiti tempatan yang terlibat di dalam transaksi berkenaan.

Sebanyak 41 responden telah dikenal pasti dan telah difailkan permohonan untuk lucut hak di bawah Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.

Ini melibatkan individu, organisasi, syarikat dan mahkamah telah menetapkan tarikh 25 Jun, 10, 24 dan 31 Julai 2019 untuk pengurusan kesemua 41 kes berkenaan,

Transaksi paling tinggi melibatkan parti UMNO iaitu sebanyak RM212 juta dan ia turut melibatkan satu akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

SPRM menyenaraikan enam badan perhubungan Umno negeri iaitu Kelantan, Selangor, Kedah, Pahang, Johor dan Sabah, serta dua Umno bahagian iaitu Pekan dan Johor Bahru. Ia turut menyenaraikan Umno sebagai penerima wang tersebut, selain badan latihan sayap pemudanya iaitu Akademi Pemuda.

Tiga bekas komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) turut tersenarai, selain Wanita MCA dan MCA Pahang.

SPRM juga menuntut wang daripada beberapa yayasan iaitu Yayasan Permata Malaysia, Yayasan Tun Hussein Onn, dan Yayasan Bekas Anggota KEMAS Malaysia.

Beberapa badan masyarakat turut terlibat iaitu Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Yayasan Pendidikan Transformasi dan Yayasan Rahah.

SPRM turut menyenaraikan beberapa syarikat antaranya agensi pengurusan majlis Binsabi Sdn Bhd, syarikat pelancongan termasuk umrah dan haji Rayhar Travels Sdn Bhd, dua syarikat media IPD Mediabrands Sdn Bhd dan Media Edge CIA Sdn BHd, serta syarikat tekstil Jakel Trading Sdn Bhd, Habib Jewels Sdn Bhd dan Naza Quest Auto Sdn Bhd.

SPRM juga menuntut duit 1MDB daripada beberapa individu antara ahli perniagaan dari Sarawak Bustari Yusuf, bekas menteri kabinet Kasitah Gaddam dan Hasan Malek, dan pengarah badan pemikir Centre for Strategic Engagement (Cense) Rita Sim Sai Hoon.

SPRM juga menyenaraikan nama bekas Ahli Parlimen Paya Besar Abdul Manan Ismail yang meninggal dunia pada 12 Februari 2018.

Beberapa pemimpin Umno Pahang turut disenaraikan iaitu Ibrahim Awang Ismail dan Ismail Abd Muttalib.

Menurut Latheefa, dua daripada individu yang tersenarai sebagai responden sudah memulangkan RM2 juta wang yang mereka terima.

Tindakan SPRM dibuat bagi mendapatkan semula wang negara melalui transaksi yang paling jelas dikesan berhubung 1MDB dan penerima dana tersebut.

Tindakan SPRM ini adalah langkah paling mudah untuk mendapatkan dana tersebut daripada responden tanpa perlu mendakwa mereka kerana proses pendakwaan akan mengambil masa yang lama.

Responden juga diminta supaya mengembalikan wang milik 1MDB secara sukarela jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil.

NOTA KAKI: JIKA ANDA MENERIMA DUIT HARAM YANG TIDAK DIKETAHUI SUMBER ANDA PERLU MEMBUAT LAPORAN DAN MENGISYTIHARKAN DUIT BERKENAAN BUKAN DUIT ANDA…DALAM ISLAM PUN DAH DITERANGKAN SOAL HALAL HARAM ABAM-ABAM SEMUA!!!

Comments