SHUKRI BERPEGANG DENGAN JANJI DAN TIDAK MELETAKKAN JAWATAN!!!


“Saya sudah meletakkan SPRM di landasan yang betul, hanya ikut apa yang sudah dilakukan”.

Itu kenyataan bekas Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull ketika dihubungi BH berhubung permohonannya untuk menamatkan kontrak setahun lebih awal.

Mohd Shukri berkata, beliau sudah menyelesaikan segala tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya termasuklah menyudahkan siasatan dua kes berprofil tinggi.

"Kerja saya sudah selesai dan ia pun selesai dalam tempoh yang lebih awal dari yang dijangkakan. Pegawai SPRM sendiri memberi sokongan kuat kepada saya.

"Ketika ini saya yakin SPRM sudah berada di landasan yang betul termasuklah menerima anugerah berprestij," katanya.

Beliau turut menjelaskan, ketika bersetuju untuk kembali semula ke SPRM tahun lalu, dia berjanji hanya untuk berkhidmat dan menyelesaikan siasatan kes itu dalam tempoh setahun sahaja.

"Saya kena berpegang dengan janji saya iaitu berkhidmat dalam setahun saja kerana ketika itu saya yakin siasatan kes ini diselesaikan dalam tempoh setahun tetapi ia selesai kurang daripada itu iaitu hanya enam bulan.

"Saya tidak meletakkan jawatan sebaliknya memendekkan tempoh kontrak dua tahun saya," katanya.

Sementara itu, Mohd Shukri dilaporkan tiba di Istana Negara pada jam 11 pagi semalam selepas mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memaklumkan permohonan pemendekan perkhidmatan kontrak beliau.

Shukri kembali semula ke SPRM sebagai Ketua Pesuruhjaya yang baharu pada 18 Mei 2018, bagi menggantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Sejurus kembali, Shukri mengarahkan anak buahnya melakukan siasatan sepenuhnya dalam dua kes utama iaitu SRC International dan 1MDB, dan siasatan itu selesai dalam tempoh enam bulan pertama kemasukannya.

Setahun menerajui SPRM, beliau mengetuai operasi yang menahan seramai 30 ahli politik berprofil tinggi, 13 orang pengurusan tertinggi kerajaan, 20 ketua pegawai eksekutif (CEO) serta 132 individu daripada kumpulan pengurusan dan profesional dan menyita wang dan harta bernilai RM3 bilion.

Kejayaan ini, SPRM dianugerahkan oleh Global Investigation Review (GIR) yang berpengkalan di Washington, Amerika Syarikat sebagai ‘The Most Emerging Enforcement for 2018’ yang juga pengiktirafan tertinggi kepada SPRM dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa di negara ini daripada masyarakat antarabangsa.


KS: KEHILANGAN BESAR!!!

Comments