SAH TIADA TRANSAKSI DIKESAN!!!


SPRM tidak mengesan sebarang transaksi mencurigakan serta kewujudan akaun yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dengan perbuatan rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata pihaknya sudah melakukan siasatan selepas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, membuat laporan kepada agensi itu baru-baru ini.

Maka jelaslah dalam kes berkenaan, siasatan sudah dijalankan dan SPRM dapati tidak wujud transaksi serta akaun yang yang didakwa mempunyai kaitan.

Malah difahamkan perkara ini juga sudah dinyatakan sendiri oleh UEM Group Berhad (UEM Group) dan Maybank sebelum itu.

Dakwaan mengenai kewujudan satu akaun pada 2012 juga telah SPRM siasat dan mendapati ia tidak wujud.

NOTA KAKI: DUA SALINAN TRANSAKSI PEMINDAHAN WANG YANG TERTERA NAMA MOHAMED AZMIN TULAR BERSAMA TIGA RAKAMAN VIDEO INTIM, BARU-BARU INI ADA NIAT UNTUK SABOTAJ KE???TANYA SAJE…

Comments