IMAGINASI SPRM??? ATAU WARNA KLEPTOKRAT SEBENAR!!!


Tindakan SPRM di bawah Seksyen 56 Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 terhadap 41 responden bagi tujuan mendapatkan semula wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dianggarkan RM270 juta sebagai langkah permulaan yang sangat baik.

Malah langkah SPRM itu juga mendapat respons segera daripada pemangku presiden UMNO, DS Mohamad Hasan yang berkata parti itu akan mencabar permohonan perlucutan sivil terhadap 41 responden dalam isu berkenaan di mahkamah.

Jelaslah ini menunjukkan warna kleptokrat sebenar UMNO bahawa bahana kleptokrasi bukan hanya tertumpu kepada seseorang tetapi keseluruhan pimpinan UMNO.

Apakah Mohamad Hassan dan pimpinan UMNO masih mendakwa bahawa skandal 1MDB yang melibatkan siasatan dibuat di 10 negara asing itu hanya sebahagian daripada imaginasi SPRM???

Memandangkan saman perlucutan sivil yang dibuat oleh SPRM terhadap 41 entiti itu membabitkan UMNO bahagian, adakah pimpinan UMNO bersedia untuk menerima hakikat kewujudan skandal 1MDB yang membuatkan Malaysia dikenali sebagai kleptokrasi global?

Adakah UMNO bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan rasuah???

Adakah UMNO bersedia untuk membersihkan nama Malaysia daripada terus dilihat sebagai kleptokrasi global disebabkan 1MDB???


NOTA KAKI: DENGAR-DENGAR YAYASAN PERMATA MALAYSIA TERIMA HAMPIR RM5 JUTA…SAPA NAK BAYAQ???

Comments