BERI RUANG DAN PELUANG UNTUK MELAWAN RASUAH!!!


Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Latheefa Beebi Koya, berkata beliau tidak ada masalah pelantikannya dikritik dan dipersoalkan.

KS pun berasa begitu. Sesiapa saja yang yakin dengan dirinya harus tidak takut dikritik dan dipersoalkan.

Hanya orang yang ada pekung yang hendak ditutup sahaja takut kepada kritikan dan pendedahan.

Tiada ada sebarang isu atau kontroversi besar berkaitan pelantikan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM.

Hakikat beliau adalah orang luar juga tidak menjadi persoalan kerana seperti kata Timbalan KP SPRM, DS Azam Baki, sejak ditubuhkan pada tahun 1967, 10 daripada 13 ketua pesuruhjaya adalah lantik luar.

Kalau pun ada perkara yang boleh dianggap sebagai luar biasa adalah interpretasi politik oleh sesetengah pihak yang berasa mereka perlu dibawa berunding sebelum keputusan dibuat.

Tetapi seperti yang dihujahkan oleh pihak lain, keputusan mencalonkan Latheefa sebagai KP SPRM adalah budi bicara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang telah pun mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam mencadangkan Latheefa sebagai pengganti DS Shukri Abdull, Perdana Menteri tentulah mempunyai alasan yang kuat dan tersendiri.

Yang jelas adalah beliau mahukan kelainan supaya satu perspektif baharu akan muncul dalam organisasi penting itu.

Namun ini tidak menghalang mana-mana pihak, termasuk parti politik kerajaan dan pembangang, membahaskan perkara ini secara waras dan bersantun.

Yang lebih penting bagi ialah bagi Latheefa membuka lebih banyak kertas siasatan baru melibatkan individu berprofil tinggi dalam kerajaan lama.

Pastinya individu yang terlibat dengan rasuah era kleptokrasi tidak terhad kepada beberapa kerat yang sedang dibicarakan sekarang.

Apa halnya dengan mereka yang bersubahat menyekat pelaksanaan hukum undang-undang atau menggunakan kuasa undang-undang ke atas pengkritik kerajaan lama?

Mereka ini wajib disiasat dan diseret ke muka pengadilan jika terdapat bukti kukuh.

Nota Kaki: Latheefa seorang yang tegas, justeru perlu diberi peluang untuk memimpin SPRM.

Comments

Post a Comment