SOAL HARAM HALAL BUKAN LAGI PERHITUNGAN???

Kuasa yang dimiliki dijadikan alat untuk mengaut kekayaan secara haram.

Soal haram halal bukan lagi perhitungan yang tidak kira apapun melintas di depan mata waima bangkai sekalipun akan dibahamnya.

Duit telah mengaburi mata mereka sehingga gagal menjalankan amanah yang telah diberikan.

Terfikir juga, tidak takutkah mereka jika tertangkap? Sudah pasti mereka aka hilang pekerjaan disebabkan perbuatan menerima rasuah.

Namun itulah pengaruh duit. Apabila mata telah dikaburi dengan duit yang banyak segala-galanya boleh. Tidak kira halal dan haram. Semuanya bercampur-baur.

Itu belum dikira duit rasuah tersebut digunakan untuk membeli makanan dan minuman isteri serta anak-anak. Mereka tidak bersalah. Yang bersalah adalah si ayah. Sebab itu jangan marah jika anak-anak tidak menjadi. Mungkin puncanya hasil daripada duit haram.

Ada juga yang mengambil rasuah kerana gaya hidup mewah. Gaji bulanan yang diterima tidak cukup untuk menampung kehidupan. Mana tidaknya, kereta yang digunakan kereta mewah, pakaian yang dipakai semuanya berjenama mahal, kaki kelab dan teman wanita silih berganti.

Mana cukup kalau gaji setakat RM2,000 hingga RM3,000 sebulan. Sekurang-kurangnya mereka perlu RM5,000 ke atas atau mungkin boleh mencecah lima angka sebulan.

Sebab itu mereka perlukan duit tambahan setiap bulan dan rasuah adalah paling mudah. Caranya mereka mengambil rasuah…

Lebih malang lagi, kebanyakan mereka yang melakukan perbuatan ini adalah dalam kalangan saudara seislam kita. Yang diajar tentang halal dan haram. Yang diajar tentang pahala dan dosa. Namun semuanya itu tidak bermakna disebabkan rasuah.

Inilah bahana rasuah. Sebab itu rasuah disifatkan sebagai musuh negara dan perlu dibanteras habis-habisan.

Rasuah ini umpama virus yang cukup berbahaya.

Jika virus ini singgah di mana-mana ia akan menjadi satu penyakit dan jika dibiarkan boleh menjadi barah.

Wallahuaklam…

Comments