SIRI 4: RAMADAN TERAKHIR BUAT NAJIB RAZAK DAN MACAI-MACAI KAKI JILAT???



APABILA WANG KERAJAAN DISELEWENG MASUK ke akaun peribadi Najib, Peguam Najib, Shafee Abdullah hanya mampu beri alasan awal konon Najib jadi mangsa konspirasi Jho Low dan konco-konconya.

INI KERANA APA PUN TUJUAN WANG ITU DIBELANJAKAN, ia sudah menjadi kesalahan pengubahan wang haram, salahguna dan rasuah.

MACAI² NAJIB kini berusaha menggambarkan Najib seorang yang warak dan alim lagi pemurah dengan menjaja gambar² anak² yatim yang hadiri majlis baca yasin di kediaman Najib.

Sungguh terdesak hingga sanggup dagangkan video "elemen anak² yatim" bagi menghalalkan perbelanjaan renovasi rumah peribadi dari duit Kerajaan yang diseleweng itu.

BERIKUT INI pandangan seorang Corporate Banker yang berpengalaman luas dalam Sektor Corporate and Business Banking serta pernah menjadi Ketua Jabatan dalam semua jabatan² banking operation:-

Ini private banking Najib . Pendakwaraya melalui Pegawai Bank terlibat kena terangkan kpd Hakim apa itu private banking dan apa keistimewaannya termasuk layanan dari Bank.

Tujuan membuktikan bahawa kerana akaun ini istimewa, tak mungkin Najib tidak dimaklumkan apa2 oleh pihak Bank yg memberi personal service kpd Najib melalui satu pegawai yg didedikasi Khusus kpd beliau.

Ini akaun Perdana Menteri. Layanan mesti tip top first class.

Bila RM42 juta masuk, kerana ia Private Banking, akan ada transaksi2 berikut diberi layanan secara personal service.

Makluman kpd Najib bahawa RM42 juta dari SRC telah masuk keakaun Najib.

Credit advice dgn butir lengkap kemasukan RM42 juta melalui ke akaun Najib.

Pengesahan pegawai Bank dgn Najib tujuan duit dihantar bawah AMLA.

Najib wajib mengisi borang KPW " R" mengisytihar sbb menerima wang masuk ke akaun.

Online access oleh Najib ke account private banking nya menandakan beliau tahu kemasukan duit tersebut ( kena bg rekod access Najib)

Bank2 statement yg dihantar ke Najib.

Atas faktor di atas tidak mungkin Najib tidak tahu duit itu dari SRC.

Najib juga tahu SRC adalah anak sykt milik MoF sbb apa jua kommitment kewangan atau pelaburan 1MDB hanya beliau yg boleh  luluskan.

Menyedari terang2 ia duit SRC, maka terang2 Najib menyalahgunakan duit sykt yg dia sendiri Penasihat parent company nya, milik MoF yg beliau sendiri Menteri MoF.

Jika dianalisa bank statement dan cek2 yg Najib dikeluarkan kpd pihak2 terlibat, sgt jelas tujuan penerimaan duit atau RM42 juta itu dikirim kpd Najib. Ada keperluan nya duit dikirim..

Sbg PM, jika tiba duit RM42 juta masuk akaun nya, beliau hanya perlu menasihati Pegawai Bank tersebut untuk memblock akaun tersebut, minta pihak berkuasa menyiasat termasuk BNM. Beliau mempunyai penasihat yg sedia ambil tindakan segera.

Sebalik nya beliau tidak menganggap ia adalah pengainayaan Jho Low. Malah beliau menggunakan duit tersebut tanpa ragu2 dan membuat bayaran2 yg tertentu mengunakan duit SRC.

Semasa beliau PM dan sgt berkuasa, tiada Najib melalak ada konspirasi RM42 juta masuk akaun. Tiada sebarang arahan tangkap Jolow. Malah cuba diubah lg lapuran Ketua Audit Negara bahawa Jolow yg berkonspirasi dtg meeting 1MDB.

Supaya berlaku adil, JIKA ADA BANKER² LAIN YANG INGIN SANGGAH ATAU BERI PANDANGAN YANG BERBEZA, amatlah dialu²kan.��� Bankers lah yang paling layak berhujah perihal transaksi² perbankan ini.

Salam Ramadan!!!

Comments