SIRI 3 HANTU RAYA HYBRID: ‘MAKCIK BAWANG’ TERUS CELAM-CELUM GANGGU SPRM!!!


Dendam, ‘iri hati’, marah dan benci… Maka tidak hairanlah SPRM kembali ‘diserang’ bertubi-tubi oleh ‘Hantu Raya Hybrid’ yang kini seperti ‘makcik bawang' terus menerus menggunakan taktik kotor dan jijik dengan harapan wujud kesangsian atau persepsi dalam kalangan rakyat terhadap peribadi dan kredibiliti SPRM.

Terbaru, golongan yang fikiran haprak dan hati tuli ini telan menfitnah KP SPRM, DS Shukri Abdull menyekat akses fail bank milik Najib.


Lebih menyedihkan orang ramai yang tidak mempunyai akses atau sumber-sumber kredibel berkaitan perkara ini, sudah pasti menerima fitnah ini sebagai sesuatu yang sahih.

Hantu Raya Hybrid yang kini menjelma sebagai makcik bawang dangkal umpama mempunyai ketulan najis menyekat fikirannya disebabkan mempunyai dendam politik.


Mereka bukan tidak tahu, perbicaraan terhadap Najib kini sudah hampir sampai ke puncaknya..Sg Buloh kini menantinya.

Kepada makcik bawang yang dangkal biarlah SPRM buat kerja mereka, jangan membuat fitnah dengan memburuk agensi keramat ini hanya kerana dendam politik.

Fitnah ke atas Shukri dan pegawai SPRM ini juga adalah tergolong sejenis sampah yang dilempar untuk mengotorkan minda masyarakat.

Pesan KS, kepada semua Hantu Raya Hybrid…Makcik Bawang Dangkal bulan-bulan puasa ini rajin-rajinlah mengkaji akta-akta sedia ada. Lihat apa yang termaktub dalam Akta 613… Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Apa itu peruntukan undang-undang yang telah diberikan kepada agensi itu?..Baca, baca dan baca.

Adakah dengan mengikut peruntukan perlembagaan ini SPRM wajar digelar kerapuhan dan kebodohan???

Apa perlunya KS dedah semua ini???..KS bukan hendak sibuk menjaga tepi kain orang...tetapi biar orang ramai dapat menilai sejauh mana tahap integriti SPRM.

Apa yang SPRM lakukan kerana mahu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya. Misi itu hanya boleh tercapai jika agensi itu tidak ganggu apatah lagi diseret dalam sebarang kontroversi atau polemik.

Tidak perlu membuat kenyataan yang seolah-olah mahu memperkecilkan kewibawaan dan kemampuan agensi tersebut.

Nota kaki: Salam Ramadan buat Tan Sri Kitul dan kawan-kawan

Comments