RAMADAN TERAKHIR BUAT NAJIB RAZAK DAN MACAI-MACAI KAKI JILAT???

Ia bukan lagi rahsia, sejak bermulanya perbicaraan, DS Najib Tun Razak terus berhadapan dengan saat-saat genting.

Dia telah terperangkap dalam penipuan- penipuan yang tidak berpenghujung.

Sebab itulah, dia kini terus spin cerita-cerita dongeng untuk menyelamatkan dirinya.

Kenapa gabra sangat???

Diputar putar lagi 'lagu' lama oleh macai-macai yang ketandusan idea kononnya KP SPRM, DS Shukri Abdull & bekas Gabenor BNM, TS Zeti berniat jahat menjatuhkannya.

Wahai macai, kalau sudah pencuri...perasuah, memang wajarlah dijatuhkan. Malah wajar dirotan bak kata Shukri Abdull.


Buat macai-macai sekalian... Ceritanya mudah sahaja… Duit yang masuk ke dalam akaun Najib ini sebanyak RM2.6 bilion. Bukan kecil-kecil anak.

Daripada nilai wang ini sahaja kita sudah boleh menelah secara logik adakah ini satu plot 'perangkap' atau sebaliknya.

Derma apa sampai berbilion?, adakah Shukri Abdull yang masukkan duit itu sebagai perangkap untuk jatuhkan Najib???

Mari kita lihat fakta yang disembunyikan, Duit ini masuk ke akaun peribadi Najib sebanyak 4 fasa iaitu pada 2011, 2012, 2013 & 2014.

Hampir kesemua wang tersebut, Najib belanja kepada politik BN dan untuk diri sendiri.

Dari jumlah itu, terdapat pula baki USD620 juta yang telah dihantar kepada Tanore di Singapore. Jadi kalau duit derma kenapa  dipulangkan?

Nampak sangatlah itu penipuan Najib sahaja, sebab money trail menunjukkan duit itu tidak kembali kepada 'penderma' sebaliknya telah diguna oleh Jho Low.

Bukan itu saja, sebenarnya segala wang yang masuk ke akaun Najib sejak 2011 hingga 2014 itu telah pun dikesan daripada 1MDB.

Beberapa transaksi menunjukkan Jho Low telah mengambil wang daripada 1MDB sebanyak USD 700juta melalui Petrosaudi Joint Venture yang dimasukkan ke akaun Goods Star, kemudian wang telah disalur kepada Prince Faisal daripada Arab Saudi dan seterusnya masuk pula ke akaun Najib.

Dalam hal ini, Jho Low pula menipu bank di Swiss dengan mengatakan dia membayar hutang Prince Faisal.

Ingatkah lagi semasa isu ini dilaporkan oleh akhbar The Edge pada 7 Mac 2015 dengan tajuk “Shahrol, jelaskan Good Star, wang 1MDB yang membayar syarikat ini, dan kenapa kamu terima arahan Jho Low”, Najib telah telah membisukan mereka.

Pada 24 Julai 2015, lesen terbitan mingguan The Edge dan harian Financial Daily telah ditarik oleh Menteri Dalam Negeri.

Kenapa begitu?

Itulah cara Najib yang galak meminta orang menggelarnya Bossku(Boss kepada macai-macai) menyamun duit rakyat.

Ini baru sedikit fakta yang didedahkan, tapi langsung tidak pernah diulas oleh Najib, sebaliknya terus spin dan spin.

Mungkin Najib dan macai-macai khuatir, ini Ramadan terakhir buatnya.

Bertaubatlah selagi masih sempat di bulan yang mulia ini.

Salam Ramadan!!!


Comments