KES SRC INTERNATIONAL 2


Mana pergi macai-macai Najib yang selama ni meroyan kata tak ada bukti?

Kini satu persatu bukti didedahkan di mahkamah.

Setakat ini peguam Najib tidak menafikan duit2 itu masuk ke akaun najib personal.

Jika pun untuk CSR, kita telah ditunjukkan ianya bukan untuk tujuan itu semata-mata.

Beliau telah gunakan untuk parti umno, telah gunakan untuk kemudahan peribadi beliau dan politik beliau.

Nak kata beliau tak tahu.... ada perbelanjaan personel yg direct dengan beliau...rumah dll.

Sumber dana?.

SRC anak syarikat 1MDB asalnya.

Kemudian dgn pinjaman rm4 bil melalui Kumpulan Wang Amanah Pencen (kuasa pada najib) , SRC telah memperolehi dan mengunakan duit itu.  SRC TIADA SUMBER LAIN SELAIN DUIT KWAP!!! Sila rujuk penyata kewangan SRC terakhir yg menunjukkan Revenue nya KOSONG!!!

Setakat ini, 1mdb dan Src adalah syarikat MOF.  MOF di terajui oleh Najib.

Syarikat SRC merupakan anak syarikat MOF,  telah memindahkan RM 40 juta ke satu.lagi anak syarikat MOF iaitu  Gandingan Mentari Sdn Bhd,  pada 24 Dec 2014.

Pada hari yg sama, Gandingan Mentari ini memindahkan pula dana rm40 juta ini ke satu syarikat  bernama Ihsan Perdana.

Pada 26 hb Dec 2014 (hanya 2 hari kemudiannya) , Ehsan Perdana pindahkan 2 transaksi ke 2 akaun personel najib dgn amaun rm32 juta dan rm5 juta.

Dan semua duit2 ini digunkan oleh Najib atas perkara2 yg beliau sedang dituduh di mahkamah sekarang ni ..

Kalau ada akal dan iman... anda tak akan menyokong penyangak berpura2 ini.  

Di mahkamah sekarang..semua saksi dr pihak bank dan dokumen2 kemasukan duit ke akaun najib ini tidak di tentang oleh peguambela...maknanya sah !!!

Seyakin Najib juga menipu nampaknya...

Apa kata pendakwaraya cari dia ni....termasuk sebagai balaci kecil najib ni.

Comments