KEKAL RELEVAN DI MATA MASYARAKAT



Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, DS Abdul Hamid Bador meletakkan harapan yang tinggi kepada Kadet Inspektor agar menjalankan tugas dengan baik dan berintegriti selepas ditetapkan tempat bertugas kelak. 

Kredibiliti pegawai dan anggota polis sentiasa diperhatikan oleh masyarakat. 

Cabaran kepada para pegawai muda ini sudah pasti untuk melaksanakan tugas dengan penuh berdedikasi serta memastikan PDRM kekal relevan di mata masyarakat dan negara.

Tugas penguatkuasaan undang-undang merupakan amanah yang telah disandarkan di bahu, dan akan dihisab di akhirat kelak.

Kepada semua warga PDRM sentiasalah memberikan perkhidmatan yang cekap dan mesra kepada masyarakat berlandaskan undang-undang sedia ada.

Comments