INI MALAPETAKA…BUKAN BHISER-BHISER BOSSKU!!!



Inilah malapetaka yang telah menimpa orang Melayu yang pastinya beragam Islam sehingga sanggup terus menerima dan menyanjung orang seperti DS Najib sebagai “Bossku”.

Akibat perbuatan orang seperti inilah maka Melayu dan Islam terancam bukan kerana Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional.

Kejayaan SPRM Berjaya menyakinkan Peguam Negarauntuk mendakwa Najib dan segala jenayah serta kejahatan kerajaan dahulu dapat dibongkar, diambil tindakan dan negara diselamatkan.

Melayu dan Islam terancam kerana perbuatan “Bossku” dan mereka yang seangkatan dengannya.

Mereka inilah yang menggunakan slogan bangsa dan agama untuk memukau dan membodohkan orang Melayu.

Dalam mereka merompak dan mencuri puluhan bilion duit negara dan merosakkan institusi kerajaan, rakyat jelata diberikan dedak kerana wang tunai adalah raja.

Bagi KS dan KS yakin begitu juga dengan majoriti rakyat jelata, jenayah rompakan duit negara ini akan selesai hanyalah apabila keadilan dilakukan dan yang bersalah disumbatkan ke dalam penjara.

Itu pun kita tetap memerlukan masa dan keringat untuk memperbetulkan segala kerosakan yang dilakukan oleh tertuduh dan mereka yang bersekongkol dengannya.

Wallahuaklam…

Comments