AYAH!!! NI SPRM MAI LIGAN DAH!!!


SPRM buat hal lagi dengan menahan 31 individu termasuk 23 penguat kuasa JPJ kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar negeri ini.

Kesemua mereka yang terdiri daripada 28 lelaki dan tiga wanita berusia antara 31 hingga 54 tahun ditahan  antara pukul 10 pagi hingga 4 petang.

Daripada jumlah tangkapan itu, lapan individu termasuk tiga wanita terbabit merupakan orang awam yang berperanan sebagai proksi, tonto serta pemilik syarikat.

Kesemua pegawai penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 daripada Pejabat JPJ Pulau Pinang dipercayai menerima bayaran antara RM10,000 ke RM32,000 secara bulanan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu lori terlibat selain turut membocorkan maklumat operasi JPJ.

Wang yang diterima tersebut dipercayai untuk pegawai kanan JPJ bagi tujuan hiburan

Tangkapan itu merupakan siasatan peringkat pertama dan tidak menolak kemungkinan ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Dianggarkan tidak kurang daripada 75 pegawai penguat kuasa JPJ terlibat menerima rasuah daripada pemilik syarikat-syarikat lori.

Kumpulan lori-lori yang dilindungi tersebut dibekalkan dengan pelekat khas yang disediakan oleh tonto supaya mereka mudah dikenal pasti sekali gus kebal daripada tindakan penguat kuasa.

Operasi besar-besaran SPRM dilakukan hasil risikan sejak beberapa bulan lalu selain mendapat maklumat daripada orang awam.

SPRM tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan.

PULUN BAQ HANG!!!

Comments