79 SUDAH DIJEMPUT??? RAMAI LAGI BAKAL DIJEMPUT??? PENING 000!!!


Pening dan semakin memeningkan…Apa nak jadi???

Itulah yang bermain dalam fikiran KS apabila sehingga kini SPRM menahan 79 penguat kuasa JPJ dan orang awam kerana dipercayai terlibat dalam rasuah sindiket lori kebal.

Sama ada mereka bersalah atau tidak, biarlah siasatan dan mahkamah yang menentukan.

Tetapi KS amat yakin SPRM sudah pasti tidak akan melakukan tangkapan terbesar tersebut tanpa bukti kukuh.

Bukan mudah menahan 79 anggota penguat kuasa sekali gus danKS diberitahu ramai lagi sedang menanti masa untuk ‘dijemput’ oleh agensi itu termasuklah beberapa pegawai kanan JPJ.

Apapun KS bersama SPRM dalam memastikan semua agensi penguat kuasa bebas daripada amalan rasuah.

Kita sudah bosan apabila dari semasa ke semasa terus dipaparkan dengan berita penguat kuasa ditangkap kerana gejala itu.

Apa yang merisaukan hampir kesemua agensi penguat kuasa waima pihak berkuasa tempatan (PBT) pun terlibat dengan rasuah. Kalau perbuatan ini berterusan, apa akan berlaku kepada negara ini.

KS tidak fikir soal gaji jadi punca. Sebaliknya ia berlaku kerana tamak dan mahu hidup mewah dengan wang haram serta ingin bergaya tanpa melihat sejauh mana kemampuan mereka.

Oleh itu tanggunglah akibat dari ketamakan tersebut.

KS:Pening semakin berpanjangan nampaknya…hole in one!!!

Comments