TIBA MASANYA…RED FLAG!!!



Tindakan SPRM yang bersungguh-sungguh memburu penjenayah rasuah yang yang semakin rakus mengumpul kekayaan peribadi, bukan sahaja harus dipuji, malah perlu disokong oleh setiap golongan masyarakat.

Tindakan ini memberikan keyakinan kepada rakyat terhadap kemampuan SPRM untuk berfungsi lebih cemerlang.

Tetapi banyak lagi yang perlu dilaksanakan…

Cadangan untuk menambahbaik Mahkamah Khas untuk Kes-kes Rasuah adalah tindakan yang tepat pada masa ini.

KS percaya dengan adanya penambahbaikan Mahkamah Khas Rasuah akan dapat membantu dalam menyegerakan pemprosesan kes berkaitan rasuah di samping berlaku lebih adil kepada orang ramai.

Penambahbaikan Mahkamah Khas Rasuah sudah semestinya akan dapat memastikan kes-kes berprofil tinggi dapat didengar oleh hakim berpengalaman yang dapat menumpukan tumpuan kepada sesuatu jenis kes.

Hakim yang dilantik mengendalikan mahkamah ini juga mestilah berdasarkan merit dan berpengalaman…

Penambaikbaikan ini juga perlu mengambil berat tentang penangguhan kes-kes…

Penangguhan kes membawa kesan yang buruk kepada pengadu dan juga saksi.

Penangguhan akan menyebabkan saksi terlupa, barang bukti dan dokumen hilang…Ia akan mendatangkan kebaikan kepada tertuduh.

KS pasti rakyat juga tidak mahu sesuatu kes ditangguhkan… Kita perlu ada kesungguhan untuk melawan rasuah…

Comments