MENGGANGGU HARIMAU SEDANG TIDUR???



Apa yang dilakukan bagaikan ‘mengganggu harimau sedang tidur’…

Peringatan itu mempunyai maksud amat mendalam kerana kegiatan pusat urut persundalan bukan sahaja berkaitan dengan sindiket malah jauh daripada itu, ia juga melibatkan amalan rasuah dan salah guna kuasa serta aktiviti pengubahan wang haram.

Kegiatan itu juga jika dibongkar akan mengakibatkan sindiket bukan sekadar rugi berpuluh-puluh ribu sehari malah mencecah jutaan ringgit sehari dan berbilion ringgit setahun…

Sebab itulah dalam apa keadaan sekali pun sindiket akan cuba mempertahankan kegiatan haram berkenaan…

Sekadar perlu menghulurkan ‘Salam Perkenalan’ ratusan atau ribuan sebulan kepada penguat kuasa dan menguruskan segala keperluan yang diinginkan oleh segelintir penguat kuasa tersebut ia bukanlah satu masalah…

Malah ada penguat kuasa mengutip wang rasuah secara bulanan bagi melindungi kegiatan itu…

Tetapi…minggu ini…semuanya musnah apabila SPRM telah membuat kejutan membuat tindakan tersembunyi dengan menahan seramai 14 individu termasuk seorang ketua balai polis kerana dipercayai terlibat dalam melindungi dan menerima wang sogokan daripada pemilik pusat urut di ibu kota.

Tindakan tersembunyi inilah yang paling ditakuti oleh sindiket akan dibongkar oleh SPRM, malah yang akan turut gelisah ialah ‘balaci-balaci’ mereka yang berada dalam agensi penguat kuasa…

Selama ini, kegiatan jahat mereka bermaharajalela kerana segala-galanya sentiasa dilindungi sama ada melalui amalan rasuah atau `mencampakkan’ wang haram melalui aktiviti pusat urut untuk ‘dibersihkan’ ke dalam pelbagai perniagaan…

Logiknya…kesalahan rumah urut dan pelacuran bukan di bawah tanggungjawab SPRM….

SPRM sebenarnya  melancarkan serangan untuk mengetengahkan isu ini agar disahut oleh pihak-pihak bertanggungjawab yang sepatutnya.


KS: Lihatlah nanti bagaimana dahsyatnya amalan rasuah dalam kalangan agensi penguat kuasa dalam isu ini… Agak-agaknya sampai bila isu ini akan berakhir…??? 

Comments