KEMANA PERGINYA…???



Bekas Presiden UMNO dan Pengerusi BN, DS Najib Razak…Presiden UMNO dan Pengerusi BN tanpa kuasa, DS Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan tidak hadir dalam majlis perasmian dan istiadat pembukaan sidang Parlimen yang disempurnakan oleh Yang Dipertuan Agong, semalam???

Menurut Ketua Whip BN, Mahadzir Khalid, sebab Najib dan Zahid Hamidi tidak menghadirkan diri tidak dapat dipastikan.

Dulu Najib melepaskan kuasanya selaku Presiden kepada Zahid Hamidi. Kini Zahid Hamidi bukan saja melepaskan kuasanya selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN kepada Mohamad Hassan yang merupakan timbalannya, malah jawatan Ketua Pembangkang yang disandangnya sejak Julai 2018 lalu juga telah diserahkan kepada Ismail Sabri.

Selain tindakan itu menyebabkannya semakin kekurangan peranan dalam parti, kedudukannya mereka hanyalah sebagai Ahli Parlimen Pekan dan Bagan Datuk saja.

Persoalannya, mengapa Najib dan Zahid Hamidi tidak menghadirkan diri dalam majlis perasmian Parlimen kali ini?

Bukankah majlis ini sebenarnya penting dalam kedudukannya sebagai Ahli Parlimen?

Adakah mereka juga mengambil cuti secara tiba-tiba sebagai Ahli Parlimen???

Atau merajuk hati?

Apakah barangkali ketidakhadirannya kali ini merupakan tanda-tanda mereka akan mengundurkan diri sepenuhnya daripada politik dan hanya mahu menghabiskan sisa-sisa perjuangannya untuk berdepan dengan pertuduhan kes-kes rasuah yang sedang dihadapi mereka???


Comments