JIKA BETUL TULEN...TUNGGU APA LAGI?..TANGKAP SAJA RPK, LEBAI & THE GANG....!!!



Berulang-ulang kali blogger pemfitnah nombor 1 RPK membangkitkan hal kononnya dokumen-dokumen pendedahan dia tentang isu terowong bawah laut di Pulau Pinang bukan palsu...alasannya selagi perkara itu tidak dinafikan maka ia adalah benar..

KS rasa begitu jijik dan getik sejak pendedahan siri 1 dikeluarkan hinggalah yang terakhir...dan kemuncak kemualan KS apabila fitnah itu dibawa hingga perbahasan di Parlimen...

Begitulah cara pemfitnah menyebarkan propaganda jahatnya...

KS ingin bertanya, Jika benar dokumen itu tulen... Kenapa pakatan Lebai Dzulkifli Ahmad, Habibur Rahman dan RPK tidak mendedah keseluruhan dokumen tersebut...sebaliknya hanya memilih sebahagian kenyataan tertentu dan memutar belitkannya ikut selera mereka...

Tidak payahlah memesongkan pemikiran rakyat dengan teori orang buta 'melihat' gajah...yang pegang kepala kata gajah seakan-akan bulat...yang pegang ekor kata gajah kecil panjang...yang pegang kaki kata gajah seperti tiang dan begitulah seterusnya..

Mereka menyorok kebenaran yang sepatutnya perlu dilihat dari setiap aspek keseluruhan siasatan itu....

Prinsipnya mudah, tiada apa atau siapa yang hendak dilindungi...tetapi janganlah putar belit ikut selera dengan niat tersembunyi...SPRM tidak pernah mengeluarkan kenyataan siasatan kes ini ditutup...

Jadi dalam keadaan sekarang, jika puak pemfitnah ini beria-ia mendakwa dokumen itu tulen, KS desak PDRM bertindak segera terhadap bekas KP SPRM, Si Lebai Dzulkifli Ahmad, Habibur Rahman, RPK dan seorang lagi bekas pegawai SPRM, Fikri atas Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana membocor rahsia kerajaan.

Maklumat yg KS dapat, Fikri inilah budak suruhan Lebai Dzul atau dalang yang melarikan pelbagai dokumen2 rahsia SPRM....

Dendamnya terhadap SPRM masih lagi membara...sedangkan mereka sendiri yang hanyut dengan nafsu duniawi...

Si pengecut RPK pula memang sudah lama diketahui tidak berani dengan akta ini...sebab itulah dia menjadi orang yang bermatian-matian mendesak OSA dihapuskan...

Kononnya dialah hero membongkar penyelewengan dengan memaparkan dokumen rahsia tetapi sebetulnya dia hanya memutar belitkan isu...

Apakah kredibiliti puak-puak ini?

RPK?
Siapa tidak tahu RPK pasal dakwaan Rosmah ada sekali dalam pembunuhan Altantuya..kemudian pusing 360° hinggalah pemfitnah berbayar ini melarikan diri...

Habibur Rahman?
Orang yg menyerang Tun M dan keluarga nya, orang yang menggunakan polis menyerang SPRM dalam kes 1MDB, orang yang menjadi punaisihat Najib, orang perantaraan Najib membayar rasuah kepada pemimpin-pemimpin Pas...

Lebai Dzulkifli Ahmad?
Lebai palsu main bini orang...buat sijil nikah palsu..berpakat menipu dokumen apabila anak buahnya Fikri ditangkap basah...

Fikri???
Bekas pegawai kanan SPRM yang guna kad pengenalan bogus untuk kelirukan pegawai JAIS apabila dia ditahan berkhalwat...kemuka dokumen palsu konon rumah dia berkhalwat sebagai safehouse dan dia sedang bertugas pada pukul 3 pagi itu...

Jadi?...mereka ini semua memang kepala otak menipu...matlamat mereka ialah memuaskan nafsu mereka...

KS: Katanya ada seorang Raja ni menyampah sangat dengan lebai dzul...kenapa ye???

Comments