JANGAN DIULANGI KESILAPAN SEPERTI INI LAGI…



KP Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)  Datuk Mohammad Hamdan Wahid mendedahkan bahawa punca kes pencemaran toksik di Pasir Gudang telah bertambah teruk ialah kelewatan kerajaan negeri Johor untuk bertindak.

JBPM mendedahkan bahawa pencemaran dan sisa-sisa kimia yang dibuang secara haram ke dalam sungai patut dibersihkan dengan segera apabila dikesan minggu lepas.

Tetapi pembersihan ini tidak dilakukan minggu lepas kerana kerajaan negeri Johor memutuskan bahawa kos pembersihan adalah terlalu tinggi.


Benarkah???

Akibatnya, tiada kerja pembersihan dilakukan dan sisa-sisa kimia toksik telah dibiarkan sahaja untuk mengalir di Sungai.

Oleh kerana keputusan yang tidak bijak ini, lihatlah akibatnya sekolah yang melibatkan ribuan pelajar dan guru terpaksa ditutup untuk jangka masa yang belum dapat dipastikan lagi.

Oleh kerana keputusan ini juga, lebih ratusan orang telah menjadi mangsa termasuk murid-murid sekolah.

Adakah kerajaan negeri lebih utamakan wang daripada nyawa dan kesihatan???

Atau sedang melindungi sesuatu???

Adakah wujud unsur-unsur rasuah dan penyelewengan dalam isu ini???

Isu alam sekitar ini tidak dapat lari daripada rasuah, jadi perlu beri perhatian sebelum ia menjadi lebih serius pada masa akan datang…


Tutup mata dan fikirkan apa natijah kerosakan boleh berlaku jika apa yang berlaku ini adalah akibat rasuah.

Kita semua boleh gambarkan kemusnahan itu. Kita bayangkan sejarah peradaban ketamadunan manusia.

Kerajaan masih belum terlambat…ambillah iktibar dari peristiwa ini dan tidak akan memperjudikan nyawa dan kesihatan rakyat terutama kanak-kanak khasnya yang menjadi mangsa.

Keselamatan dan kesejahteraan Rakyat patut diletak di tempat pertama.

Jangan diulangi kesliapan seperti ini lagi.

Ada apa di Batam???

Comments