HUKUM SPRM GANTUNG SAMPAI MATI???


Mencipta kontroversi demi publisiti murah adalah mainan bagi RPK…

RPK seolah-olah menjadi hero kononnya dia sajalah yang pandai menyelesaikan isu mengikut selera overseanya itu...

Dituduh pula agensi penyiasat berkaitan tidak menjalankan siasatan terhadap kes-kes tertentu...dituduh pula SPRM terima suapan RM22 juta..kenapa bukan RM30 juta???...atau RM50 juta??? Bukankah angka itu lebih senang dikira???


Bercerita lagi kutuk, lagi sedap… Bila ditanya macam mana RPK tahu semua, rupa-rupanya dia hanya dapat cerita sembang 'kedai kopi'nya…

Malah RPK juga mahu SPRM dihukum gantung sampai mati


Apa fakta yang RPK ada???dimana faktanya..semuanya auta semata-mata!!!

Inilah yang KS katakan sebagai sampah atau najis yang dilempar dan dihambur kepada masyarakat untuk dihadam.

Keji bukan???

Orang ramai yang tidak mempunyai akses atau sumber-sumber kredibel berkaitan siasatan ini, sudah pasti menerima fitnah ini sebagai sesuatu yang sahih.

Tetapi ternyata perkara ini sampah yang bertujuan menjatuhkan maruah SPRM.

Penyebar fitnah ini terlalu dangkal umpama mempunyai ketulan najis menyekat fikirannya disebabkan mempunyai dendam semata-mata...

Dari siri ke siri...Apa yang RPK cuba buktikan???

Tahukah RPK, peranan SPRM adalah sebagai badan penyiasat rasuah, dan tidak bertanggungjawab dalam menentukan sebarang kes yang hendak dibicarakan di mahkamah termasuklah isu projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Malah SPRM telah mengesahkan telah membuka enam kertas siasatan sejak Julai 2017 lagi…

Suruhanjaya itu juga telah menjelaskan telah menyerahkan lima kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan masih dalam pertimbangan dan kajian Timbalan Pendakwa Raya…


Jelaslah, SPRM hanya berperanan menyiasat dan tugas pendakwaan terletak sepenuhnya di tangan Peguam Negara dan setiap kes yang dikemukan adalah berasaskan penilaian Peguam Negara dan Jabatan Peguam Negara.

Tak kisahlah siapa pun dan bila disiasat, SPRM akan menyiasat berdasarkan maklumat yang diperolehi.

Apa yang pasti SPRM membuka kertas siasatan, tetapi sama ada ia akan berakhir dengan pendakwaan atau tidak, ia bergantung kepada dapatan fakta kes.

Perkara tersebut secara tidak langsung menepis dakwaan RPK selama ini bahawa suruhanjaya tersebut mengambil sikap pilih kasih dalam mengambil tindakan.

Lebih malangnya, persoalan dakwaan rasuah menjadi senjata bagi golongan ahli politik untuk menjatuhkan lawan berbanding SPRM yang perlu membuat penelitian tentang sesuatu kes di luar kerangka kepentingan politik di samping hanya bertindak dalam lingkungan bidang kuasa perundangan yang dimilikinya.

RPK boleh membentuk persepsi negatif isu rasuah sehingga menjadi pendapat umum…

Namun SPRM tidak boleh bertindak atas persepsi semata-mata sebaliknya berdasarkan fakta kes siasatan…

Ingat…Tekanan tidak sewajarnya diletakkan pada bahu SPRM untuk segera membuat sesuatu tindakan. Bagi KS dalam kes terowong dasar laut Pulau Pinang, maklumat yang banyak disiar dalam media bukan merupakan dokumen siasatan SPRM…

Cabaran buat SPRM ialah bagaimana untuk membuktikan pemberian wang dikaitkan dengan perbuatan rasuah dalam kes terowong dasar laut itu…

Jadi biarlah SPRM buat kerja mereka, jangan membuat fitnah dengan memburuk suruhanjaya keramat ini hanya kerana dendam politik.

Pesan KS, sebagai seorang rakyat yang cintakan negera perlulah rajin mengkaji akta-akta sedia ada. Lihat apa yang termaktub dalam Akta SPRM 2009. Baca, baca dan baca….

Lagipun, jika RPK tidak berpuas hati, KS cabar RPK untuk balik ke Malaysia...memohon 'gag order' dari mahkamah dan bukannya membuat bising di sana-sini hingga mengotorkan minda masyarakat dengan palitan sampah-sampah!!!





Comments