WARISI MAINAN FITNAH???



*HENTIKAN FITNAH DAN BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT*

Putera Muhammad adalah antara contoh manusia tidak berguna yang terhasil daripada regim UMNO yang menjadikan fitnah sebagai senjata untuk melemahkan dan menjatuhkan nama baik sesebuah institusi atau individu tertentu dengan niat jahat beserta dendam kesumat yang membuak-buak semenjak kehilangan kuasa pemerintahan.

Mainan fitnah ini diwarisi sejak 61 tahun pemerintahan UMNO dan sering digunakan untuk serangan bersifat peribadi. Fakta diselewengkan dan dikaburkan dengan cerita-cerita bersifat polemik yang kebiasaan menarik minat manusia seangkatannya yang terus-terusan menerima berita tanpa usul periksa.

Secara berterusan, Putera Muhammad menyerang ahli parlimen Baling dengan pelbagai tuduhan. Jika dilihat secara kasarnya, serangan ini seolah-olah diasaskan oleh pejuang rasuah sejati.

Namun bila diamati dengan teliti menerusi beberapa siri serangan bukan sahaja terhadap Azeez Rahim, malahan yang betul-betul jahat mainan beliau bilamana azam baki turut difitnah dengan pelbagai tuduhan yang tidak masuk akal. Tanpa Azam Baki, azeez rahim yang berdepan dengan puluhan pertuduhan rasuah akan bebas malah mungkin juga berarak sebagai master mind di PRK Cameroon Highland dan PRK Semenyih ketika ini. Sejak dituduh dimahkamah, wajah yang tidak asing dalam mana-mana PRK sebelum ini lenyap dan hilang tanpa khabar berita.

Apakah niat sebenar putera muhammad dalam usahanya menyerang kredibiliti azam baki dalam kes azeez rahim? Beliau sepatutnya berterima kasih kepada azam baki dan sprm kerana telah mengheret penyamun besar macam azeez rahim ke mahkamah. Siapa sebenarnya putera muhammad ini? Adakah beliau ini hantu raya jelmaan yang dibela oleh azeez rahim selama ini sehingga kejatuhan azeez yang membuatkan makanan atau dedak yang ditabur untuk hantu raya ini telah terhenti secara mengejut. Bila hantu dah kebulur maka darah tuan akan dihisap sebagai ganti. Itulah agaknya resam hidup sebagai hantu raya.

Hantu raya memang hidup memakan tuan dan mungkin tidak mengikuti perkembangan semasa. Kalau hantu raya macam putera muhammad ini baca suratkhabar atau melayari internet maka sudah tentu berita pertuduhan azeez rahim dan abang beliau diketahuinya.

Jika dirujuk laporan akhbar di muka hadapan kebanyakan media bertarikh 16.1.2019, azeez rahim telah dihadapkan ke mahkamah dengan 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan nilai berjumlah RM140 juta . Manakala abang beliau telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan bersubahat dengan azeez menerima rasuah berjumlah RM4 juta.

Difahamkan masih banyak lagi pertuduhan berbaris menunggu untuk dihadapi oleh azeez rahim.

Putera Muhammad harus menjadi lebih jantan dan berani berhadapan dengan sprm. Dengan bersikap seperti pondan yang membaling batu sembunyi tangan tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah. Carilah isu lain untuk menjadi hero dan bertaubatlah sebelum terlambat. Fitnah itu adalah antara dosa besar yang tidak terampun. Lebih-lebih lagi dosa kepada manusia.

Azam baki tidak pernah takut dengan fitnah putera muhammad yang menuduh beliau menerima rasuah. Tiada apa yang perlu ditakutkan atau sampai perlu bersumpah laknat. Buktinya jelas, tiada sebutir perkataan pun yang terkeluar daripada mulut azeez rahim sepanjang tempoh tahanan reman dan siasatan berlangsung yang mengatakan azam baki pernah menerima duit. Yang pasti, mantan KP dan orang kanan beliau yang disebut azeez rahim menerima sejumlah RM300,000 sebagai sogokan. Jumlah ini hanya kecil berbanding nilai barang-barang yang disumbangkan oleh azeez rahim dalam program ziarah kasih di seluruh negara. Semua sumbangan ini diterima hanya kerana hubungan mesra mantan KP dulu dengan azeez rahim. Agak-agaknya apa dah jadi dengan kes orang kuat mantan yang dikatakan menerima sogokan di atas bagi pihak mantan. Kenapa senyap je siasatan. Apa dah jadi? Bila pula nak tuduh orang yang betul-betul terima sogokan dari azeez rahim tu. Mungkin makin didiamkan kes pegawai khas tu maka putera muhammad semakin keliru dan sering tersilap antara mantan KP dan azam baki yang disogok Baling.

Putera Muhammad sepatutnya menyerang mantan KP dan apakah muslihat menuduh azam baki pula. Adakah ini mainan untuk membalas dendam bagi pihak azeez rahim yang dituduh mahkamah hasil usaha azam baki?

Jika diamati betul-betul, putera Muhammad ini sebenarnya ialah agen kpd mantan kp sprm dan kuncu kuncunya yg masih ada di sprm. Tak serik-serik lagi kuncu-kuncu ni bersandiwara. Cukup-cukuplah menjadi api dalam sekam kerana tugas dan tanggungjawab sprm diera Malaysia Baru jauh lebih penting berbanding politik dalaman yang memecahbelahkan sesama anggota.

Belajarlah daripada kesilapan. Tuhan pernah meletakkan diri kita ditempat yang tinggi suatu ketika dulu. Disebabkan kita lalai akan tanggungjawab dan berkerja untuk nama serta jawatan swmata-mata maka kita hilang kesemuanya sekelip mata. Sikitul dan pencacai yang selama ini mengelilingi kita akhirnya bertempiaran lari kesan dari lupa daratan sebelum ini.

Buangkan sifat dengki dan jangan terlalu mudah untuk berkata apa yang kita buat untuk bangsa, agama dan negara. Fitnah dan kejahatan yang disemai sebenarnya untuk menghancurkan bangsa, agama dan negara kamu jua.

Sila kongsikan dalam grup Whatsapp, telegram, facebook.

KS: Inilah yang dikatakan 'sampah' dan 'najis' bukan fizikal berbentuk fitnah atau propaganda jahat yang 'dibuang'  menerusi media-media khususnya media sosial. Sampah dan najis ini jika tidak dicuci maka itulah yang akan masuk dan dihadam dalam minda masyarakat. Janganlah mengotorkan minda masyarakat dengan palitan sampah-sampah. Paling penting, biarlah SPRM buat kerja mereka, jangan membuat fitnah dengan memburuk agensi keramat ini hanya kerana dendam politik.



Comments